April 28, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at PM

AB FSSK UTM meriahkan sambutan Ramadan dengan Majlis Khatam Al-Quran dan iftar

JOHOR BAHRU, 2 April– Akademi Bahasa Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (AB FSSK) UTM telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa pada tanggal 2 Apr 2024 bersamaan 22 Ramadan 1445H. Peserta yang terdiri dari kalangan staf telah berjaya menamatkan bacaan al-Quran 30 juzu’ secara berkumpulan dalam program tadarus al-Quran pada kali ini. Majlis bermula dengan program katam al-Quran, berselawat, berbuka puasa, solat berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Jemputan yang terdiri daripada warga AB FSSK bersama keluarga telah hadir memeriahkan majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi AB FSSK, PM Dr Hadina Habil dan Penolong Pengerusi AB FSSK, Dr Ain Balqis Haladin.

WhatsApp Image at PM

Program ini dijalankan bertujuan untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan disamping dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan hubungan seluruh warga AB FSSK UTM khususnya. Dengan adanya kerjasama yang erat ini diharapkan dapat memacu kecemerlangan AB FSSK dalam segala aspek dan terus bergerak sebagai suatu sinergi. Objektif utama bagi mengadakan majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga AB FSSK. Selain daripada itu untuk menghayati keindahan bulan Ramadhan dengan bersama-sama mengikuti program khatam Al-quran serta solat secara berjemaah. Seterusnya, untuk memupuk semangat toleransi dikalangan warga AB FSSK UTM.

WhatsApp Image at PM

Disediakan oleh: Nur Shamsinar Bt Ramli & Lokman Hafiz Bin Asary (Akademi Bahasa FSSK)

Explore More