Mei 7, 2024

Search
Close this search box.
n

GEMA 2023 iktiraf kecemerlangan dan sumbang bakti mahasiswa

22 April, Johor BahruJabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan Majlis Anugerah Gemilang Mahasiswa (GEMA) dalam mengiktiraf dan menghargai segala komitmen, pengorbanan dan pencapaian para pelajar UTM. Selain itu, universiti juga menghargai segala sumbangan dan sumbang bakti semua staf yang terlibat dalam pembangunan dan aktiviti pelajar.

Sebanyak 29 anugerah telah dipertandingkan bagi kategori pelajar dan 2 anugerah untuk staf. Bagi anugerah pelajar, ia terbahagi kepada kategori kepimpinan dan kesukarelawanan individu serta pasukan, manakala bagi anugerah staf terbahagi kepada kategori khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman.

Banyak program berimpak yang  telah dilaksanakan oleh pelajar-pelajar UTM melalui kelab, persatuan, dan badan beruniform di pelbagai peringkat sehingga ke persada antarabangsa pada sesi pengajian 2022/2023. Sebanyak 1,902 program telah direkodkan dalam Sistem Aktiviti Pelajar (UTM ACAD). Semua pelajar telah mengambil pelbagai inisiatif dalam melaksanakan program-program yang tidak hanya memberi manfaat kepada individu, tetapi juga kepada komuniti secara keseluruhan dengan mengambilkira penglibatan bersama alumni, industri, dan NGO.

Anugerah utama dalam majlis ini adalah Anugerah Naib Canselor yang dipilih dari senarai pemenang anugerah kepimpinan dan kesukarelawanan individu. Semua calon anugerah utama ini adalah mengikut kriteria dan syarat penganugerahan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, iaitu Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan.

WhatsApp Image at AM ()
Saudara Muhammad Abdaini bin Jefri penerima Anugerah Naib Canselor

Pemenang Anugerah Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman dan Anugerah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Saudara Muhammad Abdaini bin Jefri (Pelajar tahun 3 Sarjana Muda Sains Geoinformatik Kepujian serta Pengerusi JKM Kolej Rahman Putra (KRP) ‘22/23) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada majlis ini. Anugerah utama ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTM. Saudara Muhammad Abdaini bin Jefri juga turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman dan Anugerah JKM Terbaik.  Majlis turut diserikan dengan kehadiran Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan juga Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

 

WhatsApp Image at AM ()

WhatsApp Image at AM ()
Pemenang Anugerah Pembangunan Kolej Kediaman  KDSE

 

WhatsApp Image at AM

WhatsApp Image at AM ()

Di dalam ucapan perasmian oleh YBrs. Prof. Ts. Dr. Edy ada menyebutkan “pihak universiti mengharapkan agar lebih banyak program yang berimpak tinggi dapat dilaksanakan pada masa hadapan sebagai salah satu peluang untuk menjadikan universiti ini sebagai salah satu tempat yang terbaik dalam menghasilkan agen perubahan dalam kalangan pelajar yang memiliki potensi besar untuk menjadi pemimpin dan membawa perubahan positif dalam masyarakat dan dunia pada masa hadapan”.

Pada majlis kali ini, jawatankuasa pelaksana telah membawakan tema Borneo sempena meraikan kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia. Majlis telah diadakan di Austin International Convention Centre dan dihadiri 350 orang pelajar dan staf yang telah menyumbang kepada pelaksanaan program-program pembangunan pelajar di UTM.

 

Senarai Penuh Pemenang GEMA 2023 

Anugerah Naib Canselor

  • Muhammad Abdaini bin Jefri , JKM Kolej Rahman Putra (FABU)

Anugerah Pemimpin Pelajar Terbaik (MPP)

  • Tempat Pertama : Alis Amalin binti Abu Bakar (FKE)
  • Tempat Kedua : Soh Kai Xin (FKE)

Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman

  • Tempat Pertama : Muhammad Abdaini bin Jefri (JKM KRP, FABU)
  • Tempat Kedua : Muhammad Aiman Naim bin Abdul Rahim (JKM KTR, FABU)
  • Tempat Ketiga : Amirul Idham bin Mohamad Asri (JKM K9 & 10, FSSH)

Anugerah Pemimpin Fakulti/ Persatuan/ Kelab

  • Tempat Pertama : Teo Kok Wei (PGSS FABU, FABU)
  • Tempat Kedua : Nur Farah Syafeeqah Binti Ahmad Saiful Bahree (PEMADAM, FS)
  • Tempat Ketiga : Norhashikin Binti Arshad (JKM K9& K10, FKT)

Anugerah Pemimpin Program Kebudayaan

  • Tempat Pertama : Nur Hamizah Binti Hasnan (SEKRETARIAT RUKUN NEGARA, FKM)

Anugerah Pemimpin Program Sains, Teknologi & Inovasi

  • Tempat Pertama : Sia Wei Ren (IEM UTM-SS, FKM)
  • Tempat Kedua : Fatin Izzati Binti Ishak (Majlis Felo KDSE, FKM)

Anugerah Pemimpin Program Sukan

  • Tempat Pertama : Muhammad Zulfadhly Bin Muhammad Azhar (JKM KTDI, FC)

Anugerah Pemimpin Program Wacana Intelek

  • Tempat Pertama : Mohd Herman Bin Ahmad (PEMADAM, FKT)
  • Tempat Kedua : Nur Farah Syafeeqah Binti Ahmad Saiful Bahree (PEMADAM, FS)
  • Tempat Ketiga : Nur Aqila Binti Kadir Hussein (PGSS FKM, FKM)

Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa

  • Tempat Pertama : Ahmed Mohamed Mostafa Kamel Khalaf (ISS EGYPT FKT)
  • Tempat Kedua : Asaad Taha Mohammed (ISS YEMEN, FKE)
  • Tempat Ketiga : Muhammad Naufal Fakhrunnas (ISS INDONESIA, FSSK)

Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)

  • Tempat Pertama : Mohamad Ikmal Zulhakkim Bin Mohaini (SEKRETARIAT RAKAN MUDA, FSSK)
  • Tempat Kedua : Diena Qistina Binti Hairul Azdi (JKM KTDI, FKE)
  • Tempat Ketiga : Norhashikin Binti Arshad (KELAB PEMADAM UTM , FKT)

Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Alam Sekitar)

  • Tempat Pertama : Vikneshvaran A/L Tanabalam (JKM KOLEJ SISWA JAYA, MJIIT)
  • Tempat Kedua : Soh Kai Xin (AIESEC, FKE)
  • Tempat Ketiga : Syamala Kesavan (JKM KOLEJ TUN FATIMAH, FS)

Anugerah Pemimpin Sukarelawan (Terbuka)

  • Tempat Pertama : Fatin Izzati Binti Ishak (MAJLIS FELO KDSE,FKM)
  • Tempat Kedua : Nurdayana Natasha Binti Mohd Johan (ELECTRONIC SYSTEM ENGINEERING-SS,MJIIT)
  • Tempat Ketiga : Norhashikin Binti Arshad (KELAB PEMADAM UTM , FKT)

Anugerah Kepimpinan Inovatif Tan Sri Ainuddin Wahid

  • Tempat Pertama : Aida Julia Binti Aminuddin (FABU)
  • Tempat Kedua : Siti Maisarah Binti Ahmad Tarmizi (MJIIT)
  • Tempat Ketiga : Nur Aqila Binti Kadir Hussein (FKM)

Anugerah JKM Terbaik

  • Tempat Pertama : JKM KOLEJ RAHMAN PUTRA

Muhammad Abdaini Bin Jefri (FABU)

  • Tempat Kedua : JKM KOLEJ TUN FATIMAH
    Nur Syazana Binti Mohd Refin (FS)
  • Tempat Ketiga : JKM KOLEJ TUN DR. ISMAIL
    Farah Adreeana Binti Azree (FKT)

Anugerah Kelab/Persatuan Terbaik

  • Tempat Pertama : GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
    Insyirah Binti Ash’ari (FSSK)
  • Tempat Kedua : THE INSTITUTE OF ENGINEERS – UTM SS (IEM – UTM SS)
    Tan Kai Ying (FKM)
  • Tempat Ketiga : SEKRETARIAT RAKAN MUDA (SRM)
    Faridahanin Binti Mohd Fauzi (FM)

Anugerah Inisiatif Kebolehpasaran Graduan Terbaik

  • Tempat Pertama : KRU UTM CAREER CARNIVAL 2023
    Ammar Aslam Bin Abd Razak (FKA)

Anugerah Hubungan Industri Terbaik

  • Tempat Pertama : KRU UTM CAREER CARNIVAL 2023
    Ammar Aslam Bin Abd Razak (FKA)
  • Tempat Kedua : THE INSTITUTION OF ENGINEERS – UTM (IEM – UTM SS)
    Kwok Kam Man (FKT)
  • Tempat Ketiga : JKM KOLEJ TUN FATIMAH
    Nur Firzanah Binti Abdul Fadzil (FS)

Anugerah ISS Terbaik

  • Tempat Pertama : PERSATUAN PELAJAR INDONESIA (PPI)
    Muhammad Naufal Fakhrunnas (FSSK)
  • Tempat Kedua : ISS – EGYPT
    Ahmed Mohamed Mostafa Kamel Khalaf (FKT)

Anugerah Pasukan Sukarelawan Terbaik

  • Tempat Pertama : JKM KOLEJ TUN FATIMAH (KTF)
    Nur Syazana Binti Mohd Refin (FS)
  • Tempat Kedua : ULTIMATELY FOLDED 2023
    Umairah Azzahra Binti Zaidi (MJIIT)
  • Tempat Ketiga : JKM KOLEJ TUN RAZAK
    Nur Quamarina Bt Jeffery (FS)

Anugerah Kreativiti Program Terbaik

  • Tempat Pertama : SEMARAK MERDERKA 2023 KDSE
    Tempat Kedua : GERAKAN PENGGUNA SISWA (GPS)
    Tempat Ketiga : KELAB PEMADAM UTM

Anugerah Khas Tokoh Sumbangsih

  • Mohamad Ikmal Zulhakkim Bin Mohaini (FSSK)
  • Muhammad Ramziuddin Bin Zakaria (FS)

Anugerah Bakti Gemilang

  • Anis Suzziani Binti Rosslan (FKE)
  • Muhammad Harist Danish Bin Md Rajuna (FKE)
  • Nur Aqila Binti Kadir Hussein (FKM)
  • Muhammad Juzaili Bin Hisam (FKM)
  • Najmuddin Shah Bin Zaid (FSSK)
  • Nur Athirah Farhana Binti Omar Zai (FS)
  • Muhammad Hafiz Bin Khairuddin (FKA)
  • Syed Azli Bin Syed Putra (FKM)

Anugerah Aktiviti Terbaik

  • SEMARAK MERDEKA KDSE 2023
  • EXPERIENCING KKN IN PURWOKERTO (EKIP) 2023
  • BICARA ILMU: BICARA MAHASISWA

Penghargaan Khas (Individu)

  • Syaza Soraya Binti Sauli( FSSK)
  • Muhammad Hasef Bin Amer Sajahan (FM)
  • Amirul Irfan Bin Ahmad Sophian (FC)

Penghargaan Khas (Pasukan)

  • SEKRETARIAT ANAK JOHOR DARUL TA’ZIM (SEJATI)
    DIENA QISTINA BINTI HAIRUL AZDI (FKE)
  • QUAKE STARS
    MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD FISOL (FKA)
  • KAMERIDER AIROST TEAM
    LOKE RUI KEE (FC)

Penghargaan Khas (Kepimpinan)

  • Nadratul Huda Binti Ahmad (FS)

Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
– PENGETUA

  • Kol. Prof. Madya Dr. Mohd Noor Azli Bin Hj. Ali Khan

Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
– FELO

  • Dr. Muhammad Aizi Bin Mat Salim

Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
– PENASIHAT

  • Dr. Sabrinah Binti Adam

Anugerah Pembangunan Pelajar Kolej Kediaman

  • Tempat Pertama : KOLEJ DATIN SERI ENDON
    Nabilah Binti Kasim
  • Tempat Kedua :  KOLEJ SISWA JAYA
    Mohamed Azlan Suhot
  • Tempat Ketiga :  KOLEJ TUN RAZAK
    Norhanim Binti Abdul Samat

 

Explore More