Mei 19, 2024

Search
Close this search box.
bakulramadan

Program Bakul Kasih santuni asnaf sekitar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Seramai lebih 50 orang staf UTM telah menabur bakti secara langsung kepada komuniti sekitar Kuala Lumpur dan Selangor melalui pelaksanaan Program Bakul Kasih Ramadan & Syawal 1445H/2024M.  Program University Social Responsibility (USR) ini telah berjaya mendekatkan staf UTM Kuala Lumpur dengan golongan kurang bernasib baik yang terdiri daripada komuniti asnaf, B40, orang tua, dan anak yatim.

Program Bakul Kasih Ramadan & Syawal 1445H/2024M adalah inisiatif sinergi tiga pusat tanggungjawab di UTM Kuala Lumpur, iaitu Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Pejabat Bendahari, dan UTM Digital yang bertujuan menyalurkan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Program yang bermula pada 13 Mac 2024 dan berakhir pada 28 April 2024 ini menyasarkan staf UTMKL sebagai penyumbang utama wang tunai dan barangan keperluan untuk didermakan kepada penerima sasaran. Hasil kutipan tunai sebanyak RM 1,500.00 telah berjaya dikumpulkan di samping sumbangan barangan keperluan seperti barang makanan kering, barang keperluan peribadi, dan barang keperluan sekolah.

Pelaksanaan program dimulakan dengan kunjungan sekumpulan staf UTM ke Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia bertempat di Kajang, Selangor untuk menyerahkan barang sumbangan kepada penghuni pusat jagaan yang terdiri daripada orang tua dan golongan OKU. Delegasi UTM seramai 10 orang diketuai oleh Pegawai Penyelidik CCIN, Puan Sohailah Safie telah dibawa melawat kawasan rumah jagaan sambil menyantuni penghuni dan menghulurkan kuih raya sebagai cenderahati kenangan.

BakulKasih Mahmudah
Wakil UTM menyerahkan simbolik sumbangan kepada pengurus Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia

Seramai 34 orang staf UTM yang diketuai oleh Timbalan Pengarah UTMDigital KL, Encik Abd Haris Ismail telah melawat Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia yang terlatak di Kajang, Selangor pada 25 April. Delegasi UTM dibawa melawat kawasan rumah jagaan sambil menyantuni penghuni yang terdiri daripada orang tua dan golongan OKU dengan persembahan busking dari Kugiran Mawar UTMKL, pemberian duit raya dan jamuan makan tengah hari.

BakulKasih Fikrah
Wakil UTM menyerahkan simbolik sumbangan kepada pengurus Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Puan Nor

Pada 27 April pula, 30 orang staf UTM yang diketuai oleh Timbalan Bendahari UTMKL, Encik Muhammad Tariq Rahmalan telah melawat rumah kebajikan Pusat Jagaan An-Najjah Malaysia menjayakan sesi penyerahan sumbangan sempena Syawal sekaligus sebagai penutup kepada Program Bakul Kasih Ramadan & Syawal 1445H/2024M. Program dijayakan dengan pemberian sumbangan keperluan sekolah dan duit raya, jamuan makan tengah hari, dan permainan bersama anak-anak pusat jagaan.

BakulKasih AnNajjah
Wakil UTM menyerahkan simbolik sumbangan kepada pegasas Pusat Jagaan An-Najjah Malaysia, Haji Amyn Mhamed bin Hussain dan Hajah Aminah binti Mat

Dengan kejayaan pelaksanaan program Program Bakul Kasih Ramadan & Syawal 1445H/2024M ini telah memberikan kegembiraan dan senyuman kepada golongan yang kurang bernasib baik. Semoga pahala amal kebajikan berterusan dan dapat dinikmati oleh komuniti sasaran dan memerlukan.

Explore More