Disember 8, 2024

Search
Close this search box.
Untitled design ()

JOHOR BAHRU, 30 April – Program Pertandingan Debat Kelestarian STEM (DeKelaSTEM) 2024 Peringkat Sekolah Menengah Negeri Johor telah diadakan pada 19 April 2024 sehingga 28 April 2024 di bawah kelolaan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Razak (JKM KTR) selaku penganjur utama dan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JTNC HEPA), yang mana ia merupakan salah satu program Top Bidder UTM bagi sesi 2023/2024. Program ini telah dijalankan secara mod hybrid yang menggabungkan platform secara atas talian melalui aplikasi zoom dan secara fizikal di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru.

Pertandingan debat ini akan mengetengahkan tema kelestarian dalam Pembangunan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang giat diperkenalkan di peringkat usia belia. Melihat kepada negara yang membangun dari aspek teknologi dan ilmu sains, kelestarian juga perlu dijadikan salah satu teras yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Hal ini kerana, melihat definisi kelestarian dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ia bermaksud tidak berubah dan terpelihara.

Justeru, secara rangkumannya pertandingan DeKelaSTEM 2024 ini akan meneliti dan membincangkan bagaimana dengan Pembangunan STEM yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan ini aspek kelestarian masih boleh dikekalkan. Sebagai contoh, kelestarian alam sekitar, ekonomi dan urus tadbir.

Objektif utama, dalam penganjuran DeKelaSTEM 2024 ini adalah bagi mencungkil dan mengasah kemahiran pengucapan awam belia sekolah menengah serta melahirkan lapisan belia yang holistik dan kreatif dari aspek pemikiran kritis dan komunikasi, yang mana objektif ini telah berjaya dicapai dengan melalui kayu ukur penglibatan 16 pasukan dari 10 buah sekolah yang terdiri daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Harian.

Pada di awalnya, DeKelaSTEM 2024 adalah merupakan pertandingan debat yang hanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di peringkat negeri Johor. Namun setelah mendapat sambutan yang menggalak daripada pelbagai pihak, pertandingan ini telah dibuka kepada sekolah-sekolah di luar negeri Johor seperti negeri Perak dan negeri Perlis.

Berikut adalah pasukan yang telah bertanding;

Negeri Johor (11 Pasukan):-

  1. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat A (SEHEBAT A)
  2. Sekolah Menengah Sains Batu Pahat B (SEHEBAT B)
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh A (SMKA Pagoh A)
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pagoh B  (SMKA Pagoh B)
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil A (SMK Sultan Abdul Jalil A)
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil A (SMK Sultan Abdul Jalil B)
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur (SMK DPT)
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Saint Joseph (B) (SMK Saint Joseph B)
  9. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Esa (SMK DSE)
  11. Maktab Rendah Sains Mara Batu Pahat (MRSM BPJ)

Negeri Perak (3 Pasukan):-

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah A (SMKASAS A)
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah B (SMKASAS B)
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

Negeri Perlis (2 Pasukan):-

  1. Maktab Rendah Sains Mara Beseri A (MRSM Beseri A)
  2. Maktab Rendah Sains Mara Beseri B (MRSM Beseri B)

Tiga (3) pusingan awal pada hari pertama telah dijalankan dengan tajuk usul “Teknologi Adalah Jawapan Kepada Penyelesaian Isu Alam Sekitar”, “Media Sosial Menyuburkan Demokrasi” serta “Aina Abdul Sudah Menjadi Pesaing Siti Nurhaliza”.

Tangkapan skrin bagi pusingan saringan dua secara atas talian.
Tangkapan skrin bagi pusingan saringan dua secara atas talian.

Seterusnya, satu (1) pusingan awal dengan tajuk usul “Kita Sudah Menghampiri Status Negara Berpendapatan Tinggi”. Pada masa yang pusingan suku akhir juga berlangsung secara atas talian dengan tajuk usul “Perpaduan Kita Semakin Kukuh” menemukan lapan (8) pasukan menang mara iaitu pada hari ke-2:

  • SMKASAS A
  • SMKASAS B
  • STAR
  • SEHEBAT A
  • SEHEBAT B
  • SMK SAINT JOSEPH (B)
  • MRSM BPJ
  • SMK DPT

Pusingan separuh akhir secara fizikal telah dijalankan di bangunan D06, Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) yang melibatkan empat (4) pasukan bertanding, dengan membawa usul “Kerjasama Antara Kementerian Adalah Jawapan Kejayaan STEM” iaitu;

  • STAR
  • SMKA SAS
  • SEHEBAT A
  • SEHEBAT B
Peserta pusingan separuh akhir (SMKA SAS A) secara fizikal di D06, Akademi Bahasa, FSSK.
Peserta pusingan separuh akhir (SEHEBAT A & SEHEBAT B) secara fizikal di D06, Akademi Bahasa, FSSK.

Pusingan separuh akhir ini telah mendapat sambutan daripada pensyarah dan pelajar Fakulti Sains (FS) serta ibu bapa yang datang untuk menonton dan memberi sokongan kepada pasukan-pasukan separuh akhir.

Penonton & penyokong pusingan separuh akhir secara fizikal di D06, Akademi Bahasa, FSSK.
Penonton & penyokong pusingan separuh akhir secara fizikal di D06, Akademi Bahasa, FSSK.

Pusingan akhir DekelaSTEM 2024 telah menemukan dua (2) pasukan iaitu SEHEBAT A yang membawa roh  “Harimau Selatan” selaku kerajaan dan STAR yang membawa roh “Seladang” selaku pembangkang. Usul yang didebatkan ialah “Pembangunan STEM Kita dan Dasar 4IR: Seiring dan Sejalan”. Pusingan akhir ini telah dihakimi oleh lima (5) orang hakim berpengalaman yang terdiri daripada pendebat semasa UTM, alumni UTM, alumni pendebat UTM dan Guru Sekolah iaitu;

  • Cik Nadratul Huda Ahmad
  • Encik Che Faiz Fathurrahman
  • Cik Siti Nur Nadhirah Yahaya
  • Encik Muhammad Afiq Ibrahim
  • Encik Md Arvanee Md Jani
Peserta pusingan akhir (SEHEBAT A vs STAR) di Dewan Banquet, Bangunan Canselori.
Hakim pertandingan bagi pusingan akhir.

Johan DekelaSTEM 20204 telah dinobatkan kepada pasukan STAR dengan keputusan hakim (4 -1), margin (2.0) dan usul telah ditolak dewan. Selaku johan, STAR telah membawa wang tunai RM 1,500.00, piala kemenangan, piala johan dan sijil.

Johan DeKelaSTEM 2024 (STAR).

Naib johan dimenangi oleh pasukan SEHEBAT A dengan hadiah kemenangan RM 1,000.00 beserta piala naib johan dan sijil.

Naib Johan DeKelaSTEM 2024 (SEHEBAT A).

Tempat ke-3 bersama diberikan kepada SMKA SAS A dan SEHEBAT B dengan hadiah wang tunai RM 500.00 beserta piala tempat ke-3 bersama dan sijil.

Tempat Ketiga Bersama DeKelaSTEM 2024 (SMKA SAS A).
Tempat Ketiga Bersama DeKelaSTEM 2024 (SEHEBAT B).

Selain itu, pendebat terbaik keseluruhan dan akhir telah diraih oleh saudara Aniq Zahin Mohd Fahrulrazi dari pasukan SEHEBAT A yang telah membawa hadiah wang tunai RM 300.00 dan sijil setiap satu.

Pendebat Terbaik Keseluruhan DeKelaSTEM 2024, saudara Aniq Zahin Mohd Fahrulrazi dari pasukan SEHEBAT A.
Pendebat Terbaik Akhir DeKelaSTEM 2024, saudara Aniq Zahin Mohd Fahrulrazi dari pasukan SEHEBAT A.

Antara tetamu yang telah hadir adalah wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Pengetua KTR, Pengetua Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI), Majlis Felow KTR, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM Johor Bahru dan penonton dari lima (5) buah sekolah sekitar UTM serta penyokong bagi pasukan yang bertanding.

Penyokong pusingan separuh akhir secara fizikal di Dewan Banquet, Bangunan Canselori.
Penonton pusingan separuh akhir secara fizikal di Dewan Banquet, Bangunan Canselori.

Penganjuran DeKelaSTEM 2024 telah dipimpin oleh saudara Mohamad Azman Che Hamid selaku pengarah program dan Exco Akademik dan Kerjaya JKM KTR, yang dibantu oleh saudara Mohamad Shahrizal Mohd Rasid (Timbalan Pengarah Pengurusan, saudari Nurin Sofiya Ahmad Nazri (Timbalan Pengarah Teknikal), saudara Faris Raziq Yusaini (Setiausaha Program) dan saudara Muhammad Fawwaz Mohd Fauzi (Bendahari Program).

DeKelaSTEM 2024 telah bergerak di bawah naungan Dr. Nor Hanim Abdul Samat, Pengetua KTR dan Penasihat 1 Encik Hemnaarth a/l Tanakaran serta Penasihat 2 Cik Sharifah Nurain Hussain, manakala ahli jawatankuasa telah melibatkan 48 kru yang terdiri dari pelbagai fakulti dan tahun pengajian.

Ahli Jawatankuasa Penganjur DeKelaSTEM 2024.

Pada masa yang sama, sebanyak tujuh (7) penaja dan rakan kerjasama yang terdiri daripada penajaan dalaman dan juga luar, seperti Alumni UTM, Pusat Islam UTM, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Yayasan Muar, Faco Trading, IdeaWorks, Incredible Heart dan Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor di dalam menjayakan program ini.

Akhir sekali, DeKelaSTEM 2024 juga ingin mewujudkan komuniti kepimpinan universiti yang memegang tiga (3) teras UTM bagi menyahut hasrat UTM iaitu;

  1. GUCI (Government, University, Community & Industry)
  2. ISES (Integrity, Synergy, Excellence & Sustainability)
  3. Sustainable Development Goals (SDG) ; SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education) dan SDG 16 Keamanan, Keadilan, dan Pertubuhan Kukuh (Peace, Justice, and Strong Institutions)
    SDG 4: Quality Education

    SDG 16: Peace, Justice, and Strong Institutions

Explore More