April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 6 Sept.  – Institusi Pembangunan Felo Universiti Teknologi Malaysia (IPF UTM) telah menganjurkan persidangan pembangunan pelajar peringkat antarabangsa dikenali sebagai International Conference on Student Development 2023 (ICoSD 2023) bermula 6 sehingga 7 September bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru.

Majlis perasmian ICoSD 2023  telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin selaku pengucap tama dan perasmi.

Turut hadir bersama adalah Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Jabatan di bawah Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Pengetua-pengetua Kolej Kediaman UTM, penceramah jemputan dan ahli-ahli IPF.

Antara tetamu jemputan yang hadir di Majlis Perasmian ICoSD 2023.

Persidangan tersebut bertujuan untuk mengiktiraf peranan, sumbangan dan kejayaan Institusi Pengajian Tinggi ke arah memperkasakan pelajar dalam pelbagai aspek.

Pelaksanaan ICoSD 2023 merupakan antara platform terbaik kepada para penyelidik yang berkait pembangunan pelajar bagi menghasil, membentang dan menerbitkan kajian mereka.

Melalui persidangan ini, sumbang saran dalam pemerkasaan pelajar dijana bagi mendepani cabaran institusi pengajian tinggi, industri dan badan profesional di masa hadapan.

Jawatankuasa ICoSD 2023 terdiri daripada 40 orang terdiri daripada Pengetua, Felo dan Pembantu Felo Kolej-Kolej Kediaman UTM.

Persidangan ini turut mendapat sokongan padu dan jitu daripada Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM dan Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Di samping itu, ICoSD 2023 turut menerima tajaan Malaysian Youth Community (MYC) dan  sumbangan peribadi oleh Dr. Suzanna Noor Azmy, Felo Kolej Perdana.

Dengan tema Holistic Student Development in Higher Education: Embracing the Future, ICoSD 2023 telah menerima penyertaan sebanyak 28 kertas kerja dan 8 poster.

Wakil Majlis Pengetua UTM bergambar bersama pemenang kertas kerja terbaik, poster terbaik dan pembentang terbaik.

Kertas kerja bertajuk ‘Kajian Perhubungan Kesedaran dan Pembelajaran Alam Sekitar dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar di kalangan Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Politeknik Sultan Idris Shah’ telah dipilih sebagai Kertas Kerja Terbaik.

Sementara itu, poster bertajuk ‘Penubuhan Kelab Magrotech dan Kesannya terhadap Pemahaman Pengurusan Sisa Organik dalam Kalangan Pelajar KTHO UTM’ telah dinobatkan sebagai poster terbaik.

ICoSD 2023 turut mengiktiraf Saudara Mohd Ruzaini Che Zahari dipilih sebagai Pembentang Kertas Kerja Terbaik.

Secara keseluruhan, pelaksanaan ICoSD 2023 memperlihatkan iltizam dan keazaman institusi-institusi pendidikan di bawah KPT dalam terus memperkasakan pembangunan pelajar di peringkat nasional.

Oleh: Siti Norhayati Md Yassin & Mohd Fadthul Ikmal Misnal

Explore More