Section of Corporate Affairs | Fadthul

Panel Editor UTM NewsHub, Unit Perhubungan Media & Komunikasi Korporat, Seksyen Hal Ehwal Korporat UTM

Kerjasama SKM UTM-PPD Kota Tinggi Diperhebat, Pendidikan STEM Peringkat Akar Umbi Dipergiat

Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (SKM UTM) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (PPD Kota Tinggi), Pejabat Penghulu Mukim Kota Tinggi dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival STEM & Inovasi Sosial bersama masyarakat sekitar Kota Tinggi bertempat di perkarangan Ruang Reka STIE (Sains, Teknologi, Inovasi & Ekonomi) Keluarga Malaysia Kota Tinggi.

Delegasi STEM SKM UTM Gegar Kota Tinggi, SK Felda Air Tawar 1 Jadi Saksi

Delegasi pensyarah dan pelajar Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (SKM UTM) mengambil kesempatan melaksanakan program STEM School Attack, yang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti “Dari Siswa Untuk Masyarakat”. Program ini mendapat kerjasama jitu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi (PPD Kota Tinggi), pengurusan dan warga SK Felda Air Tawar 1.