Search
Close this search box.
DYMM Raja Zarith Sofiah menerima replika cek RM15,000 untuk Tabung Endowmen.

JOHOR BAHRU, 11 Oktober: Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Festival Konvokesyen ke-49 di Dataran UTM, malam tadi.

Keberangkatan baginda disambut oleh Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang dan isteri, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Profesor Datuk Dr Mohd Tajudin Hj Ninggal dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan, Profesor Dr Rose Alinda Alias.

Di majlis tersebut, baginda berkenan menerima sumbangan daripada pengajur Festival Konvokesyen bernilai RM15,000 untuk Tabung Endowmen UTM yang disampaikan Pengarahnya Wan Frani Muhtaddin Masbak.

Hadirin yang hadir malam tadi turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Siti Nur Haliza Taruddin, Ila Damia dan Joe Flizzow.

Pesta konvokesyen kali ini berlangsung dari 10 Oktober hingga 17 Oktober.

Jemputan yang menghadiri majlis perasmian.
Datuk Siti Nur Haliza menghiburkan penonton.

Explore More