April 27, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

KDSE memperkasakan STEM melalui program Young Scientist Pioneer (YSP)

SURABAYA, INDONESIA, 29 Feb. – Seramai 30 sekretariat dari Kolej Datin Seri Endon (KDSE) Universiti Teknologi Malaysia telah berlepas ke Surabaya untuk menjalankan program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui silibus subjek Sains peringkat sekolah rendah di sana. Pada 2 Mac Pasukan KDSE telah berjaya menjalankan Program Young Scientist Pioneer (YSP) Edisi Surabaya yang mengambil tempat di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Marengan Daya 1, Sumenep.

Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan serta menambah minat para pelajar untuk mempelajari sains dengan teknik pengajaran melalui pelaksanaan aktiviti dan permainan. Program ini telah berkolaborasi dengan Universitas Airlangga, SDN Marengan Daya 1, Pengawas Sekolah Dasar (SD) Kecamatan Kota Sumenep, Kabupaten Sumenep, Kepala Desa Marengan Daya dan Ibu Sekretaris Dinas Pendidikan Kabupaten Sumenep mewakili Pemerintah Sumenep. Seramai 94 orang pelajar terdiri daripada Kelas 4, Kelas 5 dan Kelas 6 telah terlibat dalam aktiviti ini. Pada edisi kali ini, YSP mengetengahkan 3 modul daripada 6 modul keseluruhannya. Modul-modul yang terlibat adalah Modul Ginjal, Modul Gaya Gesekan dan juga Modul Aiskrim. Program ini melibatkan penyertaan dari 10 buah negara antaranya adalah Nigeria, Gambia, Malawi, Afghanistan, Tanzania, Bangladesh, Yaman, Sudan, Malaysia dan Indonesia.

Program ini telah membuka mata banyak pihak terhadap kemahiran yang dimiliki oleh sekretariat dari UTM. Walaupun terdiri dari pelbagai latar belakang akademik dan tahap pengajian, mereka mempunyai kesungguhan dalam aktiviti perkongsian ilmu kepada komuniti di dalam mahupun di luar negara. Buat julung kalinya, pasukan KDSE UTM telah melangkah lebih jauh iaitu ke Surabaya, Indonesia untuk memperkenalkan modul-modul STEM yang telah dihasilkan untuk dikongsikan ke peringkat global yang sebelum ini hanya berfokus kepada sekolah-sekolah dalam Malaysia sahaja.

WhatsApp Image at

WhatsApp Image at
Sekitar pelaksanaan aktiviti di SDN Marengan Daya 1, Kabupaten Sumenep

Selain menjalankan aktiviti di sekolah, mereka turut diberi pendedahan budaya di Jawa Timur, dari segi sambutan para tetamu dengan alunan angklung, tarian muang sangkal dan budaya pembelajaran di sekolah. Delegasi KDSE juga turut berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi di Bukit King Kong dan Bromo serta menghadiri sesi kuliah akademik di Universitas Airlangga, Surabaya. Bagi mempromosi Malaysia di bumi Indonesia, KDSE turut membawa busana tradisional Malaysia yang diperagakan oleh sekretariat dari KDSE serta persembahan Dikir Barat yang disertai oleh kesemua 30 ahli dari KDSE di pentas Dewan Candradimuka, Universitas Airlangga, Surabaya.

WhatsApp Image at ()

WhatsApp Image at

WhatsApp Image at
Antara pakaian tradisional dan persembahan Dikir Barat yang diperagakan

WhatsApp Image at

WhatsApp Image at
Kuliah dan lawatan akademik di Universitas Airlangga, Surabaya

 

WhatsApp Image at ()
Lawatan ke salah satu destinasi pelancongan terkenal di daerah Malang, Indonesia iaitu Gunung Bromo

 

Disediakan oleh: Aida Julia Aminuddin

Explore More