April 29, 2024

Search
Close this search box.
IMG

Adam’s Seagrass Adventure simbolik kerjasama UTM-MBIP pupuk kepentingan rumput laut

ISKANDAR PUTERI, 17 Mac – Satu sesi pra-Pelancaran Buku Adam’s Seagrass Adventure! telah berlangsung di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) hari ini sebagai satu simbolik komitmen penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan MBIP dengan kerjasama Kelab Alami dalam memupuk kepentingan kawasan rumput laut.

FB IMG

Majlis ini adalah bersempena sesi penghargaan Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 3.0 dan taklimat Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 yang dihadiri oleh Datuk Bandar MBIP, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz b in Haji Ahmad. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad; Naib Presiden Kanan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Puan Kamisah Mohd Ghazali; Setiausaha MBIP, Hajah Khasanah Binti Sufa’at @ Supaat serta dif-dif kehormat yang lain.

IMG

Penghasilan buku ini merupakan salah satu projek di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 2.0 yang terhasil daripada gabungan kerjasama antara pensyarah kanan dan guru bahasa UTM; Dr. Farhana Abu Bakar, Dr. Yasmin Hanafi Zaid, Dr. Hema Rosheny Mustafa, Dr. Aizuddin Supee, Dr. Sabrinah Adam dan Puan Shalini Srika, dengan Kelab Alami; Cik Zurina Jaafar dan Puan Nur Syazwani Ali, dan Dr. Serina Rahman, pensyarah dari National University of Singapore sebagai Penasihat Utama projek ini yang juga penasihat kelab Alami.

Beige Inspiration Aesthetic Photo Collage

Dengan penyermpurnaan majlis pra-Pelancaran ini,  setiap sekolah kebangsaan di kawasan MBIP telah menerima beberapa naskah buku Adam’s Seagrass Adventure! untuk sebagai bahan bacaan tambahan di perpustakaan masing-masing.

Explore More