April 27, 2024

Search
Close this search box.
n

Sembang Santai Tanah eratkan hubungan UTM bersama Komuniti Kg. Sungai Melayu

JOHOR BAHRU, 13 Jan. – Pelajar Sarjana Muda dan Sarjana Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah menganjurkan program Sembang Santai Tanah bersama komuniti di Kg. Sungai Melayu pada 12 sehingga 13 Januari yang lepas. Program ini telah berlangsung selama dua hari satu malam dengan berkonsepkan keluarga angkat dimana para seramai 47 orang pelajar telah diagihkan kepada 11 buah keluarga angkat. Program ini mendapat kolaborasi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Melayu dan Juga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

WhatsApp Image at aca
Majlis Penyerahan Pelajar UTM kepada 11 Buah Keluarga Angkat

Para pelajar telah berkongsi beberapa ilmu tanah kepada keluarga angkat iaitu:

  1. Pendaftaran dan pemilikan tanah (Jenis -jenis geran tanah, kategori tanah, syarat tanah),
  2. Pembangunan tanah (pecah sempadan, pecah bahagian tanah dan penyatuan tanah),
  3. Isu-isu semasa Pentadbiran Tanah di Malaysia
  4. Matlamat pembangunan mampan (SDG)

Konsep penyampaian ilmu secara sembang santai digunakan agar komuniti lebih memahami apabila menggunakan bahasa yang lebih santai dan mudah difahami. Hal ini selari dengan elemen ke empat SDG iaitu pendidikan kualiti dalam menjamin pendidikan yang menyeluruh dan ekiuiti kepada semua golongan.

WhatsApp Image at PM
Aktiviti Santai Pelajar UTM bersama Keluarga Angkat

 

WhatsApp Image at AM
Aktiviti ‘Spin The Wheel’ Konsep SDG 

Program ini bukan sahaja untuk perkongsian berkaitan ilmu tanah dengan komuniti, tetapi juga untuk mengeratkan silaturahim bersama penduduk kampung tersebut dengan menjalankan aktiviti sukan rakyat dan senamrobik. Terdapat lima sukan rakyat yang telah dijalankan seperti lontar peluru, the pilot, mandi tepung, tapak gajah dan masukkan air dalam botol. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung memberi penerapan elemen ke tiga SDG iaitu kesihatan baik dan kesejahteraan.

WhatsApp Image at PM
Aktiviti Sukan Rakyat Bersama Pelajar UTM dan Komuniti

Para pelajar juga telah menaiki bot selama 60 minit menyelusuri Sungai Melayu yang merupakan tarikan utama bagi sektor pelancongan di kampung ini. Kampung Sungai Melayu telah diiktiraf sebagai ekopelancongan pada tahun 2013 telah mengekalkan keindahan alam flora di mana para pelajar telah menikmati keindahan paya bakau dan berpeluang melawat kolam ternakan kupang dan seterusnya melihat proses pembersihan kupang.

WhatsApp Image at PM
Pelajar mengambil gambar selepas aktiviti menaiki bot selesai
WhatsApp Image at AM
Aktiviti menaiki bot

Aktiviti bot ini diadakan bagi memberi pendedahan praktikal kepada konsep hak riparian yang telah dipelajari di dalam kelas. Selain itu, aktiviti ini dapat memenuhi aspirasi pendidikan yang menuntut para pelajar untuk mengalami pengalaman di luar kawasan Universiti.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yusof iaitu Ahli Majlis Iskandar Puteri Zon Kota Iskandar merangkap Pegawai Khas Adun Kota Iskandar. Dalam ucapan Tuan Haji Yusof telah menyatakan program seumpama ini merupakan program yang sangat baik untuk diteruskan bukan sahaja kepada komuniti malah kepada para pelajar. Hal ini kerana, para pelajar inilah bakal pemimpin masa hadapan yang akan merancang dan membangunkan tanah-tanah untuk memastikan pembangunan yang mampan.

n
Majlis Perasmian Penutup Bersama Ahli Majlis Iskandar Puteri Zon Kota Iskandar

Syabas dan tahniah kepada para pelajar tahun satu, pelajar sarjana dan Komuniti Kampung Sungai Melayu yang bekerja keras dan bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Moga dengan kelansungan program ini dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar dan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar seperti kemahiran kepimpinan, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran berkomunikasi.

Explore More