April 28, 2024

Search
Close this search box.
Sesi fotografi bersama peserta program TAT 2

Program Tajwid al-Quran dan Tadabbur Bersama Mendalami Ilmu Agama

JOHOR BAHRU, 2 Nov. – Kelab Brigade al-Mahabbah dengan kerjasama Kelab Iqra UTM telah menganjurkan Program Tajwid Al-Quran dan Tadabbur (TAT) Siri 2 telah dijalankan sebagai satu program di bawah konteks kerohanian. sebagai salah satu inisiatif bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengenai tajwid al-Quran serta memperbetulkan bacaan al-Quran pelajar.

Program telah dijalankan pada 2 November 2023 di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putra dan telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar UTM di mana seramai 67 orang pelajar telah menghadirkan diri pada siri kali ini. Antara pengisian program ini adalah perkongsian ilmu tajwid dan tadabbur ayat-ayat daripada al-Quran serta sesi perkongsian dua hala di antara peserta dan penyampai program ini. Program yang berlangsung selama 1 jam dengan perkongsian menarik daripada penyampai jemputan yang terdiri daripada ahli Kelab Iqra UTM. Program ini menekankan unsur kefahaman al-Quran dan Islam dalam kehidupan seharian. Program ini bermatlamat agar dapat mencapai objektif universiti iaitu melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang holistik.

Aktiviti sepanjang program TAT Siri 2 berlangsung

Diharapkan agar program yang dianjurkan oleh Kelab Brigade Al-Mahabbah dengan kerjasama Kelab Iqra UTM ini dapat membantu dan memberikan pendedahan dan peluang kepada pelajar UTM bagi memperbaiki dan mendalami ilmu Al-Quran. Selain itu, pelaksanaan program ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi pencinta al-Quran.

 

Oleh Nur Sakinah Mohd Fauzi Naim 

Disunting oleh Muhammad Nur Firdaus Osman 

Explore More