Akhbar/Tarikh : Sinar Harian, 31 Julai 2023
Sinopsis : Seorang guru, yang dipecat pada 2019 selepas tidak hadir ke sekolah selama 1,535 hari kerana fobia air, hari ini kembali menyandang jawatannya sebagai tenaga pengajar dalam perkhidmatan perguruan.
Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman Yahaya Wahi, 44, untuk membatalkan pemecatannya dan dilantik semula sebagai guru di sekolah yang boleh dilalui oleh jalan darat.