April 29, 2024

Search
Close this search box.

KTHO tingkat kebolehpasaran pelajar menerusi bengkel penyediaan resume

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Rakan Biro Pendidikan dan Penyelidikan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah mengadakan program Resume Preparation Workshop: Do’s & Don’ts 2023 yang diadakan pada 24 Jun 2023 menerusi platform Webex.

Penganjuran program adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik penulisan resume yang betul.

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Pembantu Felo KTHO yang juga merupakan pelajar sarjana Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM, En. Mohd Amirul Mukminin bin Latirin.

Dalam pengenalan, dijelaskan bahawa resume adalah dokumen penting yang mengandungi maklumat berkaitan kelayakan profesional seseorang pemohon pekerjaan, dan penulisan yang betul akan membantu meyakinkan majikan tentang kebolehannya.

Secara tidak langsung, bengkel tersebut memberikan persediaan awal yang penting bagi pelajar untuk memohon pekerjaan. 

Bengkel ini juga telah membantu pelajar menyediakan resume mengikut format yang betul dan memenuhi kehendak industri, meningkatkan kebolehpasaran pelajar, terutamanya mereka yang berada di tahun akhir pengajian, dan memberi mereka persediaan untuk menyediakan resume yang profesional dan meyakinkan bakal majikan. 

Bengkel tersebut juga telah berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan, termasuk sesi perkongsian mengenai resume daripada penceramah, sesi soal jawab bersama penceramah, serta sesi Quizziz yang melibatkan peserta dan diakhiri dengan sesi fotografi sebagai kenangan. 

Secara keseluruhan, Bengkel Penyediaan Resume: Do’s & Don’ts 2023 telah  memberikan manfaat kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran menulis resume, dan memberi mereka keyakinan untuk menghadapi cabaran selepas tamat pengajian. 

Lampiran di atas merupakan pemenang-pemenang bagi sesi Quizziz yang dijalankan semasa bengkel, hadiah wang tunai telah diberi kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga.
Lampiran di atas merupakan sesi penggambaran bersama penceramah, ahli jawatankuasa dan peserta bengkel ini.

 

 

Explore More