April 28, 2024

Search
Close this search box.

‘Seikhlas Hati, Setulus Budi’: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTM Kuala Lumpur disambut meriah

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UTM bagi kampus Kuala Lumpur 2023M/1444H disambut meriah oleh warganya bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti di Grand Banquet Hall, Residensi UTM Kuala Lumpur.

Seramai lebih 500 orang warga UTM Kuala Lumpur termasuk warga UTM SPACE, UTM Holdings Sdn. Bhd, UTSB dan UTiM telah hadir memeriahkan majlis yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, UTM, Yang Berbahagia Tan Sri Azman bin Haji Mokhtar.

Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Universiti bergambar di hadapan dekorasi klasik raya UTM Kuala Lumpur.

Turut serta adalah Yang Berbahagia Datuk Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), ahli-ahli Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn. Bhd., Jawatankuasa Kumpulan Pengurusan UTM Kuala Lumpur serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi anak-anak syarikat di bawah UTM.

Sementara itu, Program Membangun Personaliti Unggul (MPU) yang menjadi program pengisian tahunan diteruskan dengan menampilkan penceramah jemputan khas,  iaitu Ustaz Mohd Elyas Ismail. Program MPU ini merupakan anjuran Bahagian Pendaftar UTM Kuala Lumpur (BPKL), yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai positif warga UTM, serta menerapkan sifat bersemangat dan berwawasan jelas dalam berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam organisasi.

Ustaz Mohd Elyas Ismail dalam Program Membangun Personaliti Unggul (MPU).

Walaupun persediaan majlis telah dilakukan pada cuti umum, iaitu Cuti Hari Pekerja, kesemua ahli jawatankuasa telah hadir memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan majlis demi mengeratkan ukhuwah seluruh warga UTM Kuala Lumpur.

Majlis sambutan hari raya juga telah dimulakan dengan alunan merdu selawat dan marhaban yang diketuai oleh Al-fadil Ustaz Ahmad Iman Abdul Aziz diiringi oleh Kumpulan Marhaban dan Nasyid UTM Kuala Lumpur.

Alunan selawat dan marhaban oleh Kumpulan Marhaban dan Nasyid UTM Kuala Lumpur diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Iman Abdul Aziz.

Sesuai dengan tema “Seikhlas Hati, Setulus Budi”, dalam ucapan perasmian Yang Berbahagia Tan Sri Azman bin Haji Mokhtar, beliau menyeru agar semua warga UTM dapat bermuhasabah diri dan menghayati amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Pemenang Hadiah Utama Cabutan Bertuah, En. Mus yang merupakan staf dari UTM Holdings Sdn. Bhd.

Hampir 50 jenis juadah raya yang lazat telah dihidangkan dengan dekorasi yang indah dan klasik oleh pengurusan UTM Hotel & Residence.  Bahang kemeriahan sambutan raya ini dapat dilihat melalui senyuman dan sorakan warga UTM KL sewaktu pengumuman pemenang cabutan bertuah yang mendapat tajaan Ketua-ketua jabatan dan PTJ, persatuan dan sumbangan persendirian warga UTM.

Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTM Kuala Lumpur 1444H/2023M.

Explore More