April 27, 2024

Search
Close this search box.

MEGA’ 23 serlah mentaliti juara pelajar KTHO UTM

JOHOR BAHRU, 5 Mei – Biro Sukan dan Kebudayaan, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dengan kerjasama Majlis Felo Merbauan (MAFAN) telah menganjurkan program sukan tahunan peringkat KTHO, Merbauan Games 2023 (MEGA ’23).

Tujuan utama MEGA’ 23 adalah untuk memupuk semangat pelajar KTHO UTM untuk aktif melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan di dalam kampus. 

Poster hebahan bagi program MEGA ’23

Edisi MEGA ’23 mempertandingkan sukan-sukan seperti catur, badminton, futsal dan frisbee. Semua acara sukan tersebut disertai oleh pelajar UTM dari berbagai- bagai kolej.

Bagi permainan catur, penganjur telah membuka dan memberi peluang kepada orang awam untuk menyertai dengan pembahagian bagi tiga kategori, iaitu Kategori Terbuka, Kategori U17, dan Kategori U12.

MEGA ’23 menutup tirai dengan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh Penasihat Program, En. Azizul Bin Azman.

Peserta Catur MEGA’23 pada 5 Mei 2023
Sukan futsal yang disertai oleh pelajar UTM di Gelanggang Futsal Kolej 9/10
Perlawanan badminton yang sengit di Sports Hall 1 UTM
Perlawanan frisbee yang berlangsung di Padang Tapak UTM
En. Azizul Bin Azman merasmikan Program MEGA’23

Diharapkan agar program ini dapat terus diadakan dari tahun ke tahun untuk terus memupuk komuniti yang sihat, cerdas, dan aktif khususnya dalam kalangan pelajar UTM.

Oleh: Wan Nurhazwa Hanim Binti Wan Safarin (JKM KTHO) & Siti Nur Fatin Hakimah Binti Ibnuzaman (penyunting)

Explore More