April 29, 2024

Search
Close this search box.

SEJATI wakili UTM ke Youth Bio-Agri Camp anjuran J-Biotech

JOHOR BAHRU, 28 Feb. – Persatuan Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (2022/2023) telah mendapat sebuah jemputan ke program JFS Hero; Youth Bio-Agri Camp 2023 oleh Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech).

Tujuan program ini dilaksanakan untuk memperkasa peranan serta fungsi belia dan orang muda Johor sebagai pihak berkepentingan serta agen perubahan dalam sistem makanan kebangsaan terutamanya dalam membantu meningkatkan kesedaran umum  tentang jaminan dan kesaksamaan makanan.

Program ini telah dijalankan selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Februari 2023 bertempat di Institusi Pengurusan Peladang Johor Bahru & Bio Desaru, Bandar Penawar.

Pihak J-Biotech telah menjemput seramai 40 orang peserta daripada Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim UTM untuk menjayakan program tersebut. 

Ucapan perasmian daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Dan Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech)

Program telah bermula pada 9.00 pagi dan dimulai dengan majlis perasmian sehingga pukul 10.00 pagi. Terdapat empat sesi pada hari pertama iaitu dimulai dengan sesi Food Security 101, Food Equality, The Hunger Games dan untuk sesi terakhir pada hari pertama ialah sesi pembentangan dan refleksi.

Sesi pemberian hadiah kepada kumpulan paling aktif 

Pada hari kedua pula iaitu pada 28 Februari 2023, semua peserta telah bertolak ke Bio Desaru, Bandar Penawar untuk menyertai aktiviti yang telah disediakan seperti penerangan tentang Lembah Makanan Bio Desaru, lawatan dan dikehendaki menyertai aktiviti di Koref Desaru Leisure Farm.

Peserta mendengar taklimat dan menyertai aktiviti di Koref Desaru Leisure Farm
Peserta mendengar taklimat dan menyertai aktiviti di Koref Desaru Leisure Farm

Program ini telah melabuhkan tirai pada jam 12.30 tengahari pada hari kedua. Para peserta telah memperoleh banyak pengajaran dan pengalaman sepanjang program ini berjalan. Semoga ilmu-ilmu yang baharu ini dapat digunakan oleh para peserta untuk masa yang akan datang.

Para peserta program JFS Hero; Youth Bio-Agri Camp 2023

 

Explore More