April 29, 2024

Search
Close this search box.

Program Trivia Al-Kareem tingkat pengetahuan Al-Quran mahasiswa UTM

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Trivia Al-Kareem ini merupakan program soalan kuiz dan permainan yang berkaitan bulan Ramadan. Pertandingan ini dimainkan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet dan Kahoot. Ia dijalankan secara individu melibatkan mahasiswa-mahasiswa beragama Islam dan bukan Islam di UTM Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan jurang silaturrahim antara penganjur program dan peserta dalam dan luar kampus UTM. Ia juga bertujuan bagi menguji minda dan menambah ilmu para pelajar.

Selain itu, program ini sedikit sebanyak telah memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu agama berkaitan bulan Ramadan terutama kepada mahasiswa bukan Islam yang terlibat melalui permainan yang dianjurkan. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang amalan-amalan bulan Ramadan kepada mahasiswa Islam.

Program ini telah berlangsung pada hari Jumaat 31 Mac 2023 bersamaan 9 Ramadan 1444H yang mendapat sambutan seramai 27 orang peserta daripada pelbagai peringkat kategori akademik bermula diploma sehingga PhD.

Ahli jawatankuasa program memberikan penerangan kepada peserta mengenai program yang dijalankan.

Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Siswa Jaya dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Kuala Lumpur.

Seterusnya, program Trivia Al-Kareem ini merupakan satu platform yang terbaik untuk memberi pengalaman kepada penganjur Trivia dalam mengendalikan program yang berimpak besar kepada warga pelajar UTM ini sendiri.

Penasihat dan Pengarah Program Barakah Ramadan ’23 ini turut menyaksikan bersama-sama penganjur Trivia pada hari pelancaran program ini daripada mula sehingga tamat permainan.

Hadiah wang tunai diberikan kepada 3 orang peserta yang menang iaitu tempat pertama sebanyak RM50, tempat kedua sebanyak RM40 dan tempat ketiga sebanyak RM30 serta E-Sijil kepada semua peserta dan pemenang.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan memberikan ulasan gembira setelah selesai majlis kepada penganjur Trivia Al-Kareem seperti ” Terima kasih kepada pihak penganjur sudi adakan permainan ini. Semoga program ini boleh diteruskan pada masa hadapan”.

Kemeriahan sesama peserta semasa program berlangsung.

Oleh: Fatihah Nur Uzma binti Azmi

 

 

Explore More