April 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM beri pendedahan teknologi GNSS di SM Teknik Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 18 Jan. Baru-baru ini, satu program telah dijalankan di bawah Fakulti Alam Bina dan Ukur iaitu  University Service Responsibility (USR), bertempat di SM Teknik Johor Bahru (SMTJB). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk berkongsi ilmu serta memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar berkenaan teknologi Global Navigation Satellite System, GNSS. Program ini juga melibatkan beberapa orang pensyarah dan pelajar daripada kursus Senibina Lanskap, UTM.  

Mahasiswa Tahun 3 Kursus Kejuruteraan Geomatik UTM bersama Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) dan BAHA Auto Garage, serta murid Tingkatan 4 SMTJB telah bekerjasama untuk menjayakan program ini. Seramai 54 murid SMTJB dan 9 orang fasilitator terdiri daripada mahasiswa UTM telah melibatkan diri dalam program ini.

Ketepatan GPS atau “PRECISION OF GPS” merupakan tajuk bagi program ini. Program ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pengenalan dan sesi aktiviti lapangan. Pada awal sesi, murid-murid diberikan pendedahan awal berkenaan UTM, mengenai kursus Kejuruteraan Geomatik dan Senibina Lanskap serta GNSS.

Sesi seterusnya, murid-murid diajar cara penggunaan alat-alat penerima GNSS, Theodolite, Ground Penetrating Radar (GPR) dan juga Pipe and Cable Locator (PCL). Pada sesi ini, murid-murid diberi peluang untuk menggunakan alat-alat tersebut dengan bimbingan fasilitator UTM.

 

Demo penggunaan alat Theodolite

Sesi demo GNSS dan juga aktiviti ‘Geocaching’

Program ini diakhiri dengan ucapan daripada guru Kejuruteraan Awam, Puan Siti Norhapsiah dan Prof. Sr. Dr. Hj Anuar bin Hj Ahmad sebagai wakil Pensyarah UTM serta majlis penyampaian hadiah. Sepanjang program ini dilaksanakan, murid-murid telah memberikan kerjasama yang baik dan maklum balas yang diterima adalah positif. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan program ini mampu mengukuhkan lagi hubungan antara UTM dan murid-murid daripada SM Teknik Johor Bahru.

Penyampaian cenderahati dari SM Teknik Johor Bahru kepada UTM

Explore More