April 26, 2024

Search
Close this search box.

Disediakan oleh: Amir Husni Kamaludin, Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa & Dr. Aimi Musa

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dengan kerjasama Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Kolokium Makmal Satelit FABU-JTS pada 19 September 2022 di Dewan Konvensyen FABU, UTM. Sesi kolokium ini diadakan bersempena dengan Persidangan Jurukur Jabatan Tanah dan Survei Tahun 2022 dan merupakan kolokium Makmal Satelit yang dianjurkan buat julung kalinya.

Terdapat sembilan (9) tajuk pembentangan yang bertumpu kepada perkongsian teknologi, kajian dan aktiviti yang telah dilaksanakan bersama oleh FABU dan JTS telah dibentangkan. Pembentang daripada delegasi JTS telah diketuai oleh Pengarah Tanah dan Survei sendiri, Datu Abdullah Julaihi diikuti empat (4) orang pegawai JTS, iaitu En. Joanes Jawan, En. Bakeri Samsudin, En. Roslan Mohammad Ramli dan En. Stephen Ling Jin Huat. Delegasi JTS telah membentangkan berkenaan sistem e-LASIS dan kajian – kajian yang telah dilaksanakan berasaskan datum SGeD20 dan jaringan CORS SGeDNet di Sarawak. Berikut merupakan tajuk – tajuk pembentangan oleh delegasi JTS:

  1. Electronic LASIS (E-LASIS) Next Generation Land Administration – Datu Abdullah Julaihi
  2. Penilaian Transformasi Parameter Timbalai 1948 – SGeD20 (Hitungan vs Cerapan) – En. Joanes Jawan
  3. Direct Geo-referencing Drone Aerial Mapping using RTK technique via Referencing Drone Aerial Mapping using RTK Technique with SGeDnet – En. Roslan Mohammad Ramli
  4. Fitting RSO BT68 to RSO SGeD20 for Cartographic Mapping – En. Stephen Ling Jin Huat
  5. Study of RTK based SGeDnet for Cadastral Survey in Sarawak – En. Bakeri Samsudin
Sesi pembentangan oleh Pengarah Tanah dan Survei, Datu Abdullah Julaihi yang bertajuk “Electronic LASIS (e-LASIS): Next Generation Land Administration”
Sesi pembentangan oleh Pegawai JTS, En. Joanes Jawan yang bertajuk “Penilaian Transformasi Parameter Timbalai 1948 – SGeD20 (Hitungan vs Cerapan)”
Sesi pembentangan oleh Pegawai JTS, En. Roslan Mohammad Ramli yang bertajuk “Direct Geo-referencing Drone Aerial Mapping using RTK technique via Referencing Drone Aerial Mapping using RTK Technique with SGeDnet”

Manakala sesi pembentangan daripada FABU pula telah diwakili oleh Pengarah Harta Tanah, Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Mohamed Razali bersama Pengarah Perancangan Bandar dan Wilayah, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail diikuti oleh Pensyarah Kanan, Prof Madya Dr. Abdullah Hisam Omar dan Penolong Jurukur Bahan, En. Mofti Marjuki. Pihak FABU telah membentangkan berkenaan kajian – kajian yang dilakukan untuk manfaat delegasi JTS berserta aktiviti Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) yang telah dilaksanakan oleh pihak FABU. Antara tajuk – tajuk pembentangan oleh wakil FABU ialah:

  1. Property Metaverse from the Economic Perspective – Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Mohamed Razali
  2. Towards Cadastral Modernisation: A Case Study of Sarawak – Madya Dr. Abdullah Hisam Omar
  3. Regional Tourist Flow and the Cities: A Recovery Phase in Post Pandemic – Prof. Madya Dr. Hairul Nizam bin Ismail
  4. Kumpulan Inovasi & Kreatif FABU – En. Mofti Marjuki
Sesi pembentangan oleh Pengarah Harta Tanah FABU, Prof. Madya Dr. Mohammad Najib Mohamed Razali yang bertajuk “Property Metaverse from the Economic Perspective”
Sesi pembentangan oleh Pensyarah Kanan, Prof. Madya Dr. Abdullah Hisam Omar yang bertajuk “Towards Cadastral Modernisation: A Case Study of Sarawak”
Sesi pembentangan oleh Pengarah Perancangan Bandar dan Wilayah FABU, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail yang bertajuk “Regional Tourist Flow and the Cities: A Recovery Phase in Post Pandemic”

Sesi kolokium ini telah memberi suatu pendedahan baharu kepada delegasi JTS melalui perkongsian teknologi, kajian dan aktiviti bersama pihak FABU yang akan memberi manfaat kepada pembangunan negeri Sarawak. Sesi kolokium ini juga diharapkan dengan jelasnya dapat memperkukuhkan lagi sinergi Agensi – Universiti di antara JTS dan FABU khususnya bagi bidang teras penubuhan Makmal Satelit FABU-JTS.

Delegasi JTS bersama pegawai dan staf FABU

 

Explore More