April 27, 2024

Search
Close this search box.

Pengerusi LPU Luang Masa Santuni Wakil Persatuan dalam UTM

JOHOR BAHRU, 19 Dis. — Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBhg. Tan Sri Azman bin Hj Mokhtar berkesempatan meluangkan masa bersama wakil persatuan dalam UTM dalam Sesi Hi-Tea Bersama Lembaga Pengarah UTM bertempat di Bilik Jamuan, Dewan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Program tersebut diadakan sebagai sesi ramah mesra Ahli Lembaga Pengarah Universiti dengan wakil-wakil persatuan dalam UTM yang turut menyumbang kepada perkembangan universiti.

Wakil persatuan yang hadir ialah Prof Madya Ts. Dr. Abdul Rahman Tamuri dari Persatuan Kakitangan Akademik, Encik Azmi Md Rais dari Kesatuan Kakitangan Am (KKA), Encik Azri Hohad wakil Pertisas / BAKES serta Encik Azizul Azman selaku Timbalan Presiden PERTISAS.

Turut hadir menyerikan majlis ialah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, Cik Wan Akmal Nazirah Wan Ubaidillah.

Tan Sri Azman berkata persatuan di bawah UTM juga merupakan pemegang amanah kepada pengurusan universiti.

“Suasana perbincangan yang diwujudkan melalui persatuan ini akan membawa kepada kesepakatan dan penyelesaian untuk kepentingan universiti dan warga UTM.

Oleh itu kerjasama bersama antara persatuan dan pengurusan universiti akan membawa kepada penyelesaian yang terbaik,” kata beliau.

Program tersebut diadakan usai Mesyuarat bersama ahli Lembaga Pengarah UTM yang dijalankan di Dewan Senat.

Ahli LPU lain yang turut hadir ke sesi santai tersebut ialah YBrs. Tuan Haji Zairi bin Haji Mat Ali, YBrs. Prof. Dr. Omar Yaakob, YBhg. Datuk Ir. Dr. Hj. Hamim bin Samuri dan YB Dato’ Haji Ismail bin Karim.

Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Dekan-dekan Fakulti di UTM turut dijemput.

Explore More