April 26, 2024

Search
Close this search box.

Penerima Anugerah DiRaja MK64 Bakal Lanjut PhD di Universiti Cambridge

JOHOR BAHRU, 11 Dis. – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-64 (MK64) yang dinantikan sebelum ini telah mula berlangsung pada hari ini selama tujuh hari bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Kampus Johor Bharu.

MK64 yang berlangsung adalah untuk meraikan 8,956 orang graduan dengan penganugerahan Ijazah kepada 748 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (1915), Ijazah Sarjana Muda (4326) dan Diploma (1967).

MK64 turut diadakan untuk menghargai kecemerlangan akademik pelajar dari pebagai segi melalui penganugerahan anugerah istimewa dan salah satunya adalah Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).

Antara syarat untuk penerima layak menerima anugerah tersebut adalah dengan memperolehi markah keseluruhan yang baik berdasarkan pencapaian akademik serta penglibatan dalam aktiviti akademik dan kokurikulum.

Bagi MK64 kali ini, salah seorang penerima anugerah tersebut ialah individu yang sangat menonjol sepanjang pengajiannya iaitu Yap Sin Yee .

Beliau ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinfomatik), Felo Perdana 2021 Perdana Menteri dan merupakan pelajar Excellence Track Program (5ETP) UTM di bawah kategori kepimpinan global.

Lebih membanggakan lagi, Yap Sin Yee yang merupakan anak kelahiran Johor telah berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam penyelidikan berkaitan machine learning for neuroimaging di University of Cambridge, England untuk sesi pengajian pada Oktober 2022.

Tiga petua utama beliau dalam mengejar kejayaan yang boleh dicontohi pelajar lain adalah sentiasa merendah diri, bijak mengurus masa dan aktif dalam aktiviti kurikulum.

Tahniah diucapkan dan semoga sentiasa unggul membawa nama UTM ke persada antarabangsa.

“Kita perlu stay humble walaupun kita dah berjaya dalam sesuatu kerana masih terdapat banyak lagi ilmu yang kita belum pelajari”, kata Yap Sin Yee.

“Selain bijak mengurus masa, kita juga perlu mengimbangi penglibatan dalam akademik dan kurikulum”, tambah beliau.

Explore More