April 27, 2024

Search
Close this search box.

PEWIBAWA UTM Anjur Program Beri Gambaran Kursus Perancangan Bandar dan Wilayah.

Pada 22 dan 23 Oktober 2021 lalu, Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program First Year Experience (FYE) : Bonding With New Planner’s Fam 2021/2022.

Program ini melibatkan 116 pelajar daripada Tahun 1 hingga 4 serta 8 pensyarah Kursus Perancangan Bandar dan Wilayah ini termasuk Pengarah Perancang Bandar dan Wilayah UTM, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Bin Ismail dan penasihat persatuan Dr. Noor Aimran Bin Samsudin.

Program ini merupakan satu inisiatif dari Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA) untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan suai kenal dengan kemasukan pelajar Tahun 1 kursus ini, sekaligus dapat memberi pendedahan tentang pembelajaran dan gambaran bagi kursus Perancangan Bandar dan Wilayah.

Program ini telah berjaya dilaksanakan oleh 23 pelajar yang merangkumi daripada Tahun 1 hingga 4. Antara aktiviti yang dijalani adalah sesi Ice Breaking, taklimat bersama President Persatuan Mahasiswa Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Nabiha Binti Mohd Khusairy, sesi Bro to Sis dan sesi Projek Mini. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan, dimana pelajar Tahun 1 telah diagihkan kepada 7 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 fasilitator yang bertugas.

Program ini merupakan program tahunan bagi menyambut pelajar Tahun 1 yang telah mendaftar kursus Perancangan Bandar dan Wilayah. Program ini juga akan membantu pelajar Tahun 1 untuk memperkukuhkan kebolehan berkomunikasi dan keyakinan semasa membuat pembentangan. 3 kumpulan yang telah mendapat markah terbaik semasa aktiviti 4 iaitu Projek Mini telah diberikan hadiah sebagai tanda penghargaan bagi menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh masa 3 jam.

Setiap kumpulan telah diberi nama mengikut bandar yang dipilih. Kumpulan yang telah memenangi aktiviti tersebut bermula daripada tempat ketiga iaitu kumpulan Amsterdam, tempat kedua kumpulan Istanbul dan tempat pertama disandang oleh kumpulan Dubai. Aktiviti ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar Tahun 1 untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai kursus Perancangan Bandar dan Wilayah.

Aktiviti ini juga banyak membantu pelajar Tahun 1 untuk melakukan perbincangan di antara kumpulan serta menambahkan keyakinan untuk melakukan pembentangan. Oleh itu, pelajar baharu akan lebih bersemangat ketika memasuki sesi pembelajaran yang akan datang. Hal ini juga akan melahirkan lagi mahasiswa yang mempunyai keyakinan dari segi menyuarakan pendapat atau cadangan ketika sesi kelas berlangsung.

Tangkapan Skrin secara langsung menerusi platform Zoom Meeting yang  menunjukkan beberapa pelajar dan pensyarah yang menghadirkan diri semasa majlis penutup program First Year Experience (FYE) : Bonding With New Planner’s Fam.

Daripada program First Year Experience (FYE) : Bonding With New Planner’s Fam ini, diharapkan pelajar Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan keadaan pembelajaran yang berbeza daripada sekolah. Seterusnya, dapat menambah minat mereka untuk mempelajari kursus ini dengan lebih mendalam dan keyakinan untuk menyuarakan pendapat di hadapan orang ramai.

Oleh itu, diharapkan insiatif persatuan dalam menjayakan program ini akan memberi impak positif kepada pelajar Tahun 1 dan merapatkan hubungan di antara ahli Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA).

Explore More