April 28, 2024

Search
Close this search box.

Pada 19 dan 20 Mac 2021, telah berlangsung Program Peharta School Attack ’21 melalui kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Persatuan Pengurusan dan Penilaian (PEHARTA) secara dalam talian iaitu Cisco Webex melibatkan pelajar sekolah menengah tingkatan 4 dan tingkatan 5 dari 4 buah sekolah berlainan.

Program ini juga telah ditaja oleh UTMAlumni dan Kerepek Ubi Pedas Cik Liza.

Tidak dilupakan rakan sinergi yang turut menjayakan program Peharta School Attack ’21 iaitu Universiti Teknologi Mara Pahang (UITM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Maktab Mahmud Sik, Kedah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya, Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2, Kelantan.

Program ini dijalankan bagi tujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai ciri dan keperibadian sebagai seorang pemimpin, meningkatkan soft skills dalam kalangan pelajar dengan lebih efektif dan memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah menengah menenai UTM dan kehidupan universiti.

Program yang dijalankan berlangsung selama 2 hari, pada hari pertama iaitu pada 19 Mac 2021, program menyasarkan pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada 4 buah sekolah yang berbeza.

Jumlah penyertaan pelajar tingkatan 4 pada hari pertama ialah seramai 36 orang pelajar.

Manakala pada hari kedua program dijalankan iaitu pada 20 Mac 2021, program menyasarkan pada pelajar tingkatan 5 yang turut terdiri daripada 4 buah sekolah yang berbeza.

Jumlah penyertaan pelajar tingkatan 5 pada hari kedua ialah seramai 36 orang pelajar.

Peharta School Attack ’21 kali ini membawa pengisian yang berbeza di mana program dijalankan secara maya disebabkan beberapa faktor seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan aktiviti dan turut menyebabkan program ini tidak dapat dijalankan secara fizikal.

Walau bagaimanapun ini tidak menjadi penghalang kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti slot bual bicara yang melibatkan jemputan khas iaitu Dr Halimah Binti Mohd Yusof dan Dr Nurul Hana Binti Adi Maimun yang membincangkan kerjaya yang boleh ditempuhi oleh pelajar-pelajar selepas tamatnya persekolahan.

Pada slot kedua berlangsungnya slot forum yang turut menjemput tetamu istimewa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada 4 buah Universiti iaitu UTM, UTHM, UITM dan UMS yang membincangkan topik-topik mengenai kehidupan semasa di universiti.

Akhir sekali, impak yang diperolehi daripada program ini ialah diharapkan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam program dapat memanfaatkan masa yang mereka ada dan gunakan ilmu yang telah dikongsi semasa program sebaik mungkin untuk masa depan mereka kelak.

Poster utama program bagi hari pertama dengan menampilkan aktiviti – aktiviti interaktif dan santai serta penampilan khas daripada YDP UMS, YDP UTHM serta penceramah Alumni UTM
Poster utama program bagi hari pertama dengan menampilkan aktiviti – aktiviti interaktif dan santai serta penampilan khas daripada Mantan YDP UTM, YDP UITM Pahang serta penceramah Alumni UTM
Hari Pertama: Sesi bersama dengan pelajar – pelajar Tingkatan 4
Hari Kedua: Sesi bersama dengan pelajar – pelajar Tingkatan 5
Slot Bual Bicara besama dengan penceramah jemputan iaitu Dr Halimah binti Mohd Yusof
Slot Bual Bicara bersama dengan penceramah jemputan iaitu Dr Nurul Hana Adi Maimun
Slot Forum bersama dengan YDP UTHM iaitu saudara Muhammad Faris bin Abdul Hadi dan YDP UMS iaitu saudara Razman bin Durhan di dalam mengupas topik: “Saranan Terbaik Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM”.
Slot Forum bersama dengan YDP UiTM PAHANG iaitu saudari Maizatul Akasha binti Meor Mohamed dan Mantan YDP UTM iaitu saudara Ahmad Muzammil bin Zulkiffli di dalam mengupas topik: “Saranan Terbaik Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM”.
Sesi Interaktif Aktif Dua Hala iaitu dengan menguji minda para pelajar menerusi permainan atas talian menggunakan platform Quizizz.

Explore More