April 26, 2024

Search
Close this search box.

Program “Heart of Nation” Anjuran Pelajar UTM Tingkat Persefahaman Antara Kaum Di Universiti

Fakulti Sains, Libatsama Komuniti, Tanggungjawab Sosial / By Lee Jia Yee / Leave a Comment

JOHOR BAHRU, 16 JAN 2020 – Pelajar Atribut Kejayaan Graduan (UHMT) seksyen 44, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai oleh pengarah projek Lee Jia Yee telah menganjurkan program “Heart of Nation” bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan pelajar UTM terhadap tradisi dan budaya di Malaysia.

Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk mengekalkan kesinambungan tradisi dan budaya Malaysia dan secara tidak langsung memupuk persefahaman antara kaum serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Program ini juga berjaya menyokong negara dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi menjamin keamanan, keharmonian dan kestabilan masyarakat menjelang 2030.

Dalam program ini, pelajar terlibat berkolaborasi dengan SJK(C) Pay Yap Kesang Pajak, Jasin Melaka.

A picture containing calendar

Description automatically generated
Poster Program “Heart of Nation” bagi aktiviti kuiz

Kempen ini berlangsung selama seminggu iaitu dari 10 hingga 16 Januari. Poster berkaitan dengan tradisi dan budaya Malaysia telah dihebahkan sepanjang kempen berlangsung melalui melalui platform media sosial, Instagram.

Penutup kepada program ini, satu kuiz telah dibuat kepada peserta. Pemenang kuiz memenangi hadiah wang tunai. Pemenang tempat pertama ialah Shugentran Varathan, kedua ialah Aien Izzati dan ketiga ialah Pui Ee.

Platform Instagram Program “Heart of Nation”

Poster Webinar “Penerapan Kebudayaan Dalam Kemodenan”

Kemuncak program ini, pada 16 Jan 2021, webinar bertajuk “Penerapan Kebudayaan dalam Kemodenan” telah dianjurkan menggunakan platform Facebook Live. Webinar ini berlangsung selama dua jam dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. Encik Mohamad Yunos @ Rudy Redza Bin Arham dari SJK(C) Pay Yap Kesang Pajak, Jasin Melaka telah dijemput sebagai penceramah.

Encik Mohamad Yunos @ Rudy Redza Bin Arham merupakan seorang guru Bahasa Melayu, penulis serta pengkaji Seni Budaya Alam Melayu.

Webinar ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari peserta apabila ianya berjaya disertai oleh sebanyak 91 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UTM dan orang awam.

Aktiviti Webinar diadakan atas platform Facebook Live

Pihak urus setia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan projek “Heart of Nation” ini terutama kepada penasihat program iaitu Pn Marlina Ali yang banyak memberikan panduan serta kata nasihat sehingga program ini berjaya dilaksanakan

Melalui program ini, pelajar dapat mengenali kepelbagaian tradisi dan kaum, menghayati keindahan dan keunikan tradisi dan adat resam Malaysia serta mampu menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang kurang peka dengan khazanah kaum di Malaysia.

Program ini juga membantu menerapkan kemahiran abad ke-21 terhadap mahasiswa seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran berfikir, kepimpinan dan kemahiran warga global yang mengutamakan sikap prihatin dan beretika dalam hubungan dengan masyarakat.

Disediakan oleh : Lee Jia Yee

Explore More