April 27, 2024

Search
Close this search box.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyumbangkan 40 unit komputer riba kepada 40 orang pelajar daripada golongan B40 yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Unit Endowmen bersama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) telah berusaha melaksanakan amanah yang diberikan pihak pengurusan universiti untuk menyantuni 40 orang pelajar UTM daripada golongan B40 yang menghadapi masalah kemudahan komputer bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian di kediaman masing-masing.

Sumbangan 40 unit komputer riba bernilai RM115,000.00 adalah menggunakan sebahagian dana sumbangan orang ramai yang telah berjaya dikumpulkan dalam Tabung Khas COVID-19 UTM yang dilancarkan pada Mac – Jun 2020.

Sebanyak 22 komputer riba telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut pecahan zon di mana petugas dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut zon yang telah ditetapkan iaitu zon timur, zon utara dan zon tengah.

Terbaharu, Skuad HEP Prihatin yang disertai 11 orang petugas telah bergerak ke tiga (3) zon utama untuk mengedarkan komputer riba kepada penerima Bantuan Komputer Riba UTM ini.

Program selama dua hari tersebut merupakan inisiatif HEP dalam membantu pelajar UTM yang terpilih dalam melancarkan proses pembelajaran mereka secara atas talian di rumah masing-masing.

Prof. Madya Dr Yusof Boon menyampaikan komputer riba di kediaman pelajar di sekitar Tangkak, Batu Pahat, dan Kulai Johor.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang sama ada individu atau syarikat serta tidak lupa UTMDigital, Unit Endowmen, Bahagian Pemajuan Jabatan TNC (Pembangunan), Jabatan TNC (Hal Ehwal Pelajar), dan seluruh warga UTM yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Explore More