April 29, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Iqra’ UTM telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk ‘Introduction to Kelab Iqra’ sesi 2020/2021 yang telah dilaksanakan di bawah Jabatan Kebajikan Ahli Kelab Iqra’. Objektif program ini dijalankan adalah perkenalan antara ahli-ahli baru Kelab Iqra’ dan ahli-ahli kelab sedia. Program ini telah dilaksanakan melalui medium Google Meet.

Walaupun dijalankan  secara dalam talian, penyertaan seramai 45 orang pelajar UTM dari tahun pertama sehingga tahun ketiga menunjukkan bahawa program ini mendapat sambutan yang sangat baik.

Presiden Kelab Iqra’, Muaz bin Amir Nur Rashid juga turut berkongsi mengenai visi dan misi kelab serta program-program yang telah dikelola oleh kelab Iqra’. Saudara Muaz juga turut menerangkan info mengenai visi, misi dan objektif kelab melalui tayangan video serta pendedahan tentang program-program baru yang akan dilaksanakan mengikut skop jabatan masing-masing iaitu Jabatan Kebajikan Ahli, Jabatan Al-Quran, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Iqra’ Media.

Setelah selesainya penyampaian daripada presiden kelab, program diteruskan dengan aktiviti kuiz online yang mana melibatkan penyertaan lebih 45 orang peserta. Setelah itu, ahli-ahli baru ini berkenalan pula sesama ahli jabatan yang dipilih masing-masing dan berbincang mengenai skop kerja program-program Kelab Iqra’ yang akan datang.

Secara rangkumannya, Program Introduction to Kelab Iqra’ ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya secara maya dan merupakan langkah pertama untuk memastikan Kelab Iqra’ mempunyai ahli-ahli yang mampu menjadi penggerak kelab dalam mengadakan lebih banyak program yang berimpak positif.

Explore More