April 26, 2024

Search
Close this search box.

SUCCESSFUL ONLINE LEARNING: TIPS AND TRICKS

Kelab Iqra’ UTM bersama-sama dengan Kelab Hikmah KTHO UTM telah berjaya menjalankan sebuah program perkongsian bertajuk ‘Successful Online Learning: Tips and Tricks’. Perkongsian ini telah dilaksanakan melalui medium Google Meet dan Youtube Kelab Iqra’ UTM. Walaupun program ini berbentuk atas talian, penyertaan seramai 107 orang daripada tahun pertama sehingga tahun ketiga serta 63 ‘views’ di saluran secara langsung YouTube Kelab Iqra’ menunjukkan bahawa bukan sahaja mahasiswa/i baharu yang memerlukan bantuan dari segi akademik mereka malah, pelajar kanan juga ingin mengetahui cara yang boleh digunakan dalam membantu pembelajaran mereka ketika norma baharu ini.

Perkongsian ini telah disampaikan melalui dua perspektif yang berbeza iaitu daripada pandangan seorang pensyarah dan seorang mahasiswa. Penyampai yang terlibat ialah saudara TS Baharin Mesir yang merupakan seorang pensyarah di Sekolah Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia dan saudari Amal Solehah Binti Aidiahmad, seorang mahasiswi Tahun 2 di Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.

Kedua-dua penyampai telah berkongsi dengan para peserta tentang tips-tips yang boleh mereka gunakan dalam pembelajaran atas talian seperti menganggap kelas atas talian seperti kelas fizikal, mencari kawan walaupun tidak mengenali kawan sekelas masing-masing dan sentiasa fokus ketika menjalani kelas secara atas talian.

Selepas selesainya penyampaian daripada kedua-dua penyampai, mereka diberikan ruang untuk memberikan nasihat kepada para peserta. Kemudian, para peserta diberikan masa untuk bertanyakan soalan kepada pihak penyampai.

Antara soalan- soalan yang diterima adalah seperti bagaimana memberanikan diri untuk bercakap dan bertanyakan soalan kepada pensyarah ketika kelas sedang berlangsung?

Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya secara maya dan merupakan langkah pertama kepada mahasiswa/i dalam mempersiapkan diri mereka dalam menempuhi pembelajaran secara atas talian. Semoga program ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada para peserta dan membantu mereka dalam terus meningkatkan diri serta bersemangat dalam mendaki tangga kejayaan di universiti ini.

Explore More