April 26, 2024

Search
Close this search box.

Prof. Datuk Ir. DR. Wahid Omar Tamat Perkhidmatan Sebagai Naib Canselor UTM ke-6

 

KENYATAAN RASMI

PROF. DATUK IR. DR. WAHID OMAR TAMAT PERKHIDMATAN SEBAGAI NAIB CANSELOR UTM KE-6

Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ingin memaklumkan bahawa Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar telah tamat perkhidmatnnya sebagai Naib Canselor UTM ke-6 pada 31 Ogos 2020 setelah berkhidmat selama tujuh (7) tahun bermula 1 September 2013. 

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar akan memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai ahli akademik di Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA), UTM. Disamping itu beliau akan memberi khidmat berdasarkan pengalaman dalam pengurusan pengajian tinggi, seperti aspek kepimpinan, pengurusan projek, strategi dan kewangan. 

Beliau dalam Majlis Penyerahan Tugas yang diadakan pada 30 Ogos 2020, mengucapkan setingg-tinggi terima kasih kepada semua pihak. Beliau menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Johor, Canselor UTM, yang sangat prihatin tentang kebajikan universiti. 

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Pro-Canselor, Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah universiti (LPU), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kerajaan Johor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Senat, Pengurusan fakulti dan sekolah, dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ). Beliau juga amat menghargai kerjasama pihak media, semua kesatuan dan persatuan yang mewakili staf UTM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), International Student Society (ISS), industri, universiti-universiti dalam dan luar negara, agensi-agensi kerajaan, penyumbang-penyumbang endownmen dan seluruh warga UTM.

Prof. Datuk Wahid Omar meminta semua warga agar terus memberi sokongan padu kepada pemimpin yang akan menerajui UTM dengan berpegang kepada falsafah, visi dan misi UTM. 

Prof. Datuk Wahid Omar juga mengucapkan tahniah kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail yang telah dilantik menjalankan fungsi Naib Canselor UTM. Semoga semua ahli  JPU, Senat dan kepimpinan di Fakulti, Sekolah, dan semua PTJ serta warga UTM dapat terus bersama-sama menjayakan agenda universiti berdasarkan kepada nilai teras integriti, sinergi, kecemerlangan, dan kelestarian.

Pejabat Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru, Johor
31 Ogos 2020

 

 

Explore More