April 27, 2024

Search
Close this search box.

KANGAR, 3 Jul. — Pensyarah dari Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah membantu pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Johor untuk muncul juara acara catur di Kejohanan Indoor Games MAKSAK Malaysia 2019 yang berlangsung pada 27 hingga 30 Jun 2019 di Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis.

Pasukan MAKSAK Johor menang dengan mengumpul 12 mata mengatasi Sarawak ditempat kedua dengan 11 mata dan Terengganu ditempat ketiga, juga dengan 11 mana.

Semangat berpasukan yang tinggi ditunjukkan oleh semua pemain membuahkan hasil sehingga Johor memenangi 5 perlawanan, seri 2 perlawanan dan mengekalkan rekod tanpa kalah dari awal permainan.

Sebanyak 7 pusingan acara catur telah dilangsungkan dengan format baru diperkenalkan iaitu penambahan pemain wanita dalam acara berpasukan.

Barisan pemain Johor kali ini dibarisi oleh tiga pensyarah UTM iaitu Prof Madya Dr Nasrul Humaimi Mahmood (papan pertama), Prof Madya Dr Mohd Haizal Jamaluddin (papan keempat) dan Dr. Rashidah Arsat (papan keenam), manakala selebihnya pemain dari kalangan guru serta seorang staf dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kali terakhir Johor memenangi kejohanan ini adalah pada tahun 2013 dan kemenangan kali ini sangat bermakna kerana meraikan Pengurus, En Sabtu Bin Basar (JKR) yang akan bersara wajib pada tahun ini.

Turut mengharumkan nama UTM adalah Penolong Jurutera daripada Fakulti Sains, En Zaki Bin Selan yang telah menyumbang pingat gangsa kepada pasukan karom MAKSAK Johor. Beliau mara ke separuh akhir menentang pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu juga menyaksikan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinobatkan Johan bagi acara Dart, manakala MAKSAK Selangor muncul juara keseluruhan bagi acara Karom.

Dari kiri : Dr Rashidah Arsat, Prof Madya Dr Nasrul Humaimi Mahmood, Prof Madya Dr Haizal Jamaluddin dan En Zaki Selan

 

Pasukan catur MAKSAK Johor

 

Kontinjen MAKSAK Johor bagi Kejohanan Indoor Games MAKSAK Malaysia 2019

Explore More