April 27, 2024

Search
Close this search box.

Pada 20 April 2019 yang lalu, program Mental Health Awareness Campaign (MHAC) 2019 atau Kempen Kesedaran Kesihatan Mental yang bertemakan Time to Change! anjuran Psychology Interactive Club (PSYCHIC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dijalankan dengan jayanya.

Pengarah program iaitu Syazwina binti Muhammad Khir yang merupakan pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia merasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat.

Program yang bertempat di dewan Kuliah L50 UTM itu diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran serta memberi pengetahuan dan kefahaman tentang masalah mental yang berleluasa dalam masyarakat.

Program ini juga menggalakkan mahasiswa untuk mengasah soft skills mereka serta meningkatkan amalan gaya hidup sihat dalam memperkasakan kesihatan mental.

Objektif terakhir program adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Persatuan bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor.

“Seramai 86 kru serta lebih daripada 450 peserta telah menyertai program ini yang mempunyai 5 aktiviti utama iaitu Mental health Talk, Mental Health Screening, Psychology Exhibition, Therapy Room berkonsepkan snoezelen, serta Stigma Breakers Run” kata pengarah program.

Program-program yang dijalankan bermula seawal jam 8 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi FSSK Profesor Madya Dr. Siti Aisyah binti Panatik @ Abd Rahman, serta majlis penutup oleh Puan Rahmah A. Aziz, Setiausaha Kehormat Persatuan bagi Kanak-Kanak Kerencatan akal Johor pada jam 10 malam.

“Penceramah jemputan kali ialah Aiman Amri/Aiman Psikologi yang merupakan Mental Health Advocate serta Dr. Fabian Sunil Dass, Psikiatri daripada Hospital Permai.

Selain itu, Hospital Permai juga ada menghantar pegawai bagi Mental Health Screening, manakala Psychology Exhibition digerakkan oleh para pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia” jelas Syazwina lagi.

“Pada waktu malam, Stigma Breakers Run yang merupakan 5KM larian amal dijalankan sebagai salah satu aktiviti besar program ini.

Alhamdulillah, sebanyak RM710 berjaya dikumpulkan daripada yuran peserta dan juga sumbangan orang ramai” ujarnya yang menyatakan bantuan tersebut adalah bagi membantu para guru serta pelajar di Sekolah Kanak-Kanak Kerencatan akal Johor.

Mental Health Talk bersama Dr. Fabian Sunil Dass diakhir ceramah
Bilik Terapi berkonsepkan snoezelen
Psychology Exhibition oleh pelajar tahun 2 psikologi

 

Mental Health Screening oleh pegawai daripada Hospital Permai
Suasana Stigma Breakers Run

Explore More