April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 19 Mac — Seramai 34 orang Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan Majlis Felo Kolej Tuanku Canselor (KTC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakukan lawatan sosial ke Singapura pada 2 Mac lalu dalam usaha membawa pelajar meneroka negara luar dalam memahami budaya dan adat resam mereka.

Rombongan yang diketuai oleh Pengetua Kolej KTC iaitu Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal bin Abdul Rahim telah dibawa melawat ke Marina Bay, Bugis Street, China Town, Kg. Gelam, Golden Garden dan akhir sekali dibawa ke Pulau Sentosa dimana terdapatnya Universal Studios Singapore, antara taman tema terbesar di dunia.

Dengan dipandu seorang pemandu pelancong yang berpengalaman rombongan telah diberikan penerangan terperinci tentang negara Singapura dari segi pentadbirannya maupun dari segi sosia budaya rakyatnya yang sangat berdisiplin.

Singapura sebagai sebuah negara republik telah berjaya menjadi antara negara maju yang sangat disegani di kalangan negara ASEAN khususnya maupun di dunia secara amnya.

Pelajar banyak belajar tentang adat dan budaya baik yang ditekankan Kerajaan Singapura terutamanya kebersihan di negaranya.

Lawatan sebegini diharap dapat membuka minda dan mata para pelajar tentang amalan baik yang boleh membawa kesejahteraan dan keharmonian untuk diterapkan dan diamalkan di negara ini.

Pelajar turut telah diberikan tugasan untuk merekodkan maklumat dan gambar tempat-tempat dilawati dan mereka dikehendaki menyediakan video ringkas berbentuk dokumentari untuk dipersembahkan kepada pihak Pengurusan Kolej KTC semasa sesi pembentangan hasil lawatan

 

.

Explore More