April 27, 2024

Search
Close this search box.

PSYCHIC UTM Rai Pelajar Istimewa di Sekolah Kanak Kanak Kerencatan Akal Johor (SKKAJ).

JOHOR BAHRU, 7 Mac — Sebuah program bercorak khidmat masyarakat anjuran Psychology Interactive Club (PSYCHIC) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berlangsung di Sekolah Kanak Kanak Kerencatan Akal Johor (SKKAJ).

Program yang diberikan nama ‘Love for Love’ telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor, Tuan Hj Meraj@Mohammad Hj A. Jalal.

Pengarah Program, Siti Salmah Basaruddin berkata program Love to Love ini diadakan dengan objektif untuk menyemaikan rasa kasih dan meningkatkan kesedaran ahli kru dan sukarelawan tentang golongan khas serta membina hubungan antara sukarelawan dan peserta SKKAJ.

“Objektif yang seterusnya adalah meraih kutipan derma untuk membantu SKKAJ dalam usaha meningkatkan persekitaran belajar yang lebih baik serta meningkatkan kemahiran sosial peserta SKKAJ.

“Seramai 47 orang pelajar SKKAJ dan 30 kru telah menyertai program ini sambil diiringi oleh tiga orang pensyarah jurusan Psikologi dan Pembangunan Sumber Manusia dan empat orang exco PSYCHIC, ” katanya.

SKKAJ dinaungi oleh satu badan NGO, Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor. Sekolah ini terdiri daripada tiga institusi iaitu tadika, sekolah dan bengkel terlindung.

Pelajar SKKAJ adalah merupakan pelajar yang mempunyai isu pembelajaran, sikap dan perkembangan seperti Autism, Attention Deficit/Hyperactivity Disorder yang lebih dikenali dengan ADHD dan Down Syndrome.

“Pada kemasukan 2019, seramai 64 orang pelajar belajar di sini. Para pelajar akan diberi tunjuk ajar dan dilatih untuk lebih berdikari.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berunsurkan sukaneka yang lebih kepada skil motor.

Dengan aktiviti sebegini, adalah lebih mudah untuk mencapai objektif program,” katanya.

Hal ini secara tidak langsung dapat mengajar para pelajar erti kerjasama sepasukan.

Sebanyak RM891.00 telah berjaya dikumpulkan untuk membantu pelajar SKKAJ untuk persekitaran pembelajaran yang lebih baik.

Aktiviti sukaneka secara berkumpulan yang dijalankan oleh peserta PSYCHIC UTM terhadap pelajar sekolah SKKAJ.
Seorang pelajar istimewa SKKAJ sedang bermain permainan berkumpulan sambil diperhatian oleh seorang peserta PSYCHIC UTM (berpakaian hitam)
Para peserta program Love for Love bergambar kenangan bersama-sama kakitangan dan pelajar istimewa SKKAJ.

Explore More