April 26, 2024

Search
Close this search box.

SHARPS Kongsi Ilmu dengan Universitas Negeri Padang Melalui Program Mobiliti

PADANG, 9 Jan. — Seramai enam orang pelajar prasiswazah daripada program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan dua orang pelajar pascasiswazah daripada program Sarjana Pembangunan Sumber Manusia telah mengadakan program mobiliti pelajar ke Universitas Negeri Padang (UNP) Indonesia pada 8 Januari 2019.

Rombongan tersebut telah diiringi oleh Pengerusi Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Abdul Rahman dan penasihat program iaitu Dr Irmawati Norazman. 

Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh ahli-ahli rombongan ialah pembentangan dalam  International Colloquium of Social Sciences & Humanities  serta public lecture oleh para pensyarah UTM.

Perkongsian ilmu antara pihak UNP dan SHARPS UTM bertambah meriah dengan sesi soal jawab antara kedua-dua pihak semasa berlangsungnya kolokium tersebut.

Pihak SHARPS UTM juga turut membincangkan pelbagai kerjasama yang akan dilaksanakan pada masa akan datang bersama dengan UNP seperti kerjasama melaksanakan seminar bersama, penyelidikan,  pertukaran pelajar dan penerbitan artikel. Rombongan juga turut melawat sekitar kampus dalam memahami cara pembelajaran dan kehidupan mahasiswa di UNP.

Program mobiliti pelajar ini diteruskan dengan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Padang dan Bukittinggi.

Sesungguhnya program mobiliti pelajar ini berjaya membantu pelajar untuk berfikir di luar atmosfera dalam mempelajari budaya dan sejarah masyarakat di Padang dengan lebih dekat lagi.

Rombongan Mobiliti Pelajar SHARPS ke UNP
Kunjungan ke Fakultas Ilmu Pendidikan UNP
Rombongan SHARPS Bersama Pensyarah dan Pelajar UNP
Kolokium antara Pelajar SHARPS Bersama Pihak UNP

Explore More