April 27, 2024

Search
Close this search box.

Buku Falsafah Ekologi Jepun Menyumbang kepada Endowmen UTM

Dari kiri : En. Sakri Abdullah, Pengurus Besar ITBM, Prof. Dr. Maki Tsujimura, Tsukuba University, Jepun, Hiroyuki Orikasa, Timbalan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Penulis Buku dan Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Naib Canselor UTM semasal pelancaran buku Japanese Ecosophy – A Traveler’s Notes

Kuala Lumpur, 22 Februari 2019  –  Universiti Teknologi Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran Buku Japanese Ecosophy:  A Traveler’s Notes karya Dato’ Seri Zaini  Ujang, yang telah disempurnakan oleh Mr. Hiroyuki  Orikasa, Timbalan Duta Besar Jepun ke Malaysia.  Buku terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) ini merupakan perkongsian penulis yang sering berkunjung dan bersama masyarakat Jepun berkaitan nilai dan budaya murni masyarakat Jepun dalam kehidupan, terutamanya dalam pemeliharaan alam sekitar.

Majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur, turut dihadiri oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan, staf dan pelajar UTM, individu, pihak korporat, serta wakil syarikat tempatan dan syarikat Jepun di Malaysia.  Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelajar dan pensyarah dari Universiti Tsukuba, Jepun yang sedang mengikuti program di Joint Degree Program (JDP) di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTM.

Menurut Prof. Madya Dr. Yusof Boon, Pengarah, Endowmen UTM, penerbitan dan penjualan buku Japanese Ecosophy ini adalah salah satu projek amal  dalam pengumpulan dana Tabung Endowmen UTM.  Segala keuntungan daripada penjualan buku ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen UTM dan akan digunakan untuk membantu pelajar  yang menghadapi masalah kewangan ketika mengikuti pengajian di UTM.  Endowmen UTM mensasarkan penerbitan dan penjualan buku ini dapat menjana RM1 juta ke Tabung Endowmen UTM.  Pada hari pelancaran sahaja buku ini telah terjual sebanyak 297 naskah dengan hasil jualan sebanyak RM38,640.00

Para tetamu bergambar bersama tetamu kehormat

Buku jualan amal berharga RM120.00 senaskah ini telah mendapat sambutan amat menggalakkan dengan tempahan telah mula diterima daripada individu, syarikat dan pihak korporat sebelum majlis pelancaran.  Pertanyaan dan tempahan buku Japanese Ecospohy boleh dibuat melalui emel endowmen@utm.my.

Explore More