April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 31 Okt – Johor Innovation Valley (JIVe) telah dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri, Yang Berhormat Aminolhuda bin Hassan semasa perasmian program Innovate Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), hari ini.

Penubuhan JIVe tersebut bagi mengukuhkan lagi usahasama universiti dan kerajaan negeri kerana disertai oleh semua IPT awam dan swasta di Negeri Johor melalui wakil-wakil yang dilantik.

Aminolhuda juga telah mengumumkan peruntukan bahawa Kerajaan Negeri akan memberikan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Jawatankuasa JIVe dalam usaha memperkasakan bidang rekacipta dan inovasi di Johor.

Penambahan kepada skop dan objektif JIVe adalah untuk menjadikan Johor sebagai penanda aras bagi membawa dan menjayakan model pembangunan negeri secara bersepadu merentasi negeri yang bertujuan untuk memperluaskan lagi peranan dan kebolehupayaan masing-masing agar dapat diikuti dan dimanfaatkan oleh komuniti lain bagi pembentukan negara yang sejahtera dari segi ekonomi dan sosial.

JIVe yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) telah menerapkan model quintuple helix iaitu program yang dapat mensinergikan kepakaran universiti, kerajaan sebagai pengubal dasar dan polisi, komuniti, industri dan media sosial.

Kelima-lima entiti ini merupakan gabungan penting dalam memperkasa peranan dan kebolehupayaan masing-masing agar dapat dimanfaatkan untuk pembangunan Johor yang insklusif, lestari dan berkemajuan.

Pelbagai program disusun dalam bentuk penyebaran ilmu seperti peningkatan kesedaran, kajian dan semakan bagi perancangan pembangunan, pembinaan polisi, program-program membudaya inovasi, peningkatan modal insan dan pelaksanaan projek low hanging fruits.

Pengenalpastian isu dan masalah untuk diselesaikan adalah berasaskan Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019 – 2030 yang mencartakan aspirasi untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang berdaya saing melalui pembangunan mampan dan membangunkan bangsa Johor ke arah pemikiran kelas pertama secara holistik.

Di samping itu, ia juga dikumpulkan daripada isu-isu berbangkit dan masalah sebenar yang dihadapi oleh penduduk, agensi maupun Pihak Berkuasa Tempatan melalui bengkel business matching. 

Penyelesaian masalah ini adalah berasaskan empat pendekatan kreatif dan sistematik iaitu kos yang rendah, impak tinggi, pelaksanaan yang pantas dan kelestarian. Pembiayaan projek akan diselesaikan secara bersama samada melalui Kerajaan Negeri, Agensi, PBT, geran penyelidikan mahupun sumbangan daripada industri.

UTM berperanan sebagai sekretariat kepada inisiatif Johor Innovation Valley dan bertanggungjawab sebagai perantara diantara IPTA/IPT, industri, komuniti dan pihak UPENJ.

Explore More