April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 12 Nov. – Untuk seorang atlet kebangsaan untuk menggenggam segulung ijazah pastinya memerlukan semangat, kesabaran dan usaha yang berganda berbanding rakan pelajar yang lain.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan, UTM, Pow Mei Foong yang juga atlet bola jaring Malaysia, ia memerlukannya untuk berusaha lebih berbanding rakan pelajar lain.

“Sebagi atlet, kita perlu bijak dalam membahagikan masa antara latihan pelajaran, dan juga rehat serta tidak menjadikan penat sebagai alasan atau penghalang untuk berjaya dalam pelajaran.

“Masa latihan yang tidak menentu dan ada kalanya pada waktu malam merupakan cabaran yang perlu ditangani dengan baik,” kata beliau lagi selepas majlis penganugerahan ijazah beliau pada sesi kelima majlis konvokesyen ke-61 UTM.

Mei Foong sebelum ini terpaksa menangguhkan konvokesyen beliau demi penglibatan di Sukan Sea pada 2017.

Tahniah Mei Foong!

 

Kejayaan Pow Mei Foong seharusnya menjadi inspirasi kepada semua pelajar lain yang turut aktif bersukan

Explore More