April 27, 2024

Search
Close this search box.

Festival Astronomi Dan Falak Negeri Johor 2018 Anjuran FGHT Dan Jabatan Mufti Negeri Johor Cetus Ideologi Baharu Astronomi Dan Teknologi Angkasa

Johor Bahru, 14 April 2018 – Festival Astronomi Dan Falak Negeri Johor 2018 telah dijalankan pada 13 dan 14 April 2018 bertempat di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah serta Fakulti Alam Bina, UTM Johor Bahru.
Festival ini telah dirasmikan oleh Sohibus Samahah Dato’ Haji M. Tahrir bin Dato’ Kiyai Haji Samsudin, Mufti Negeri Johor. Ianya turut mendapat kerjasama dari Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA), Kelab Astronomi UTM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan pihak swasta. Festival yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk berkongsi kepakaran dalam bidang astronomi dan teknologi angkasa kepada komuniti khususnya masyarakat sekitar Universiti Teknologi Malaysia serta murid-murid peringkat rendah dan menengah di Negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari Festival ini berlangsung antaranya Bicara Ilmu, Pertandingan Perubahan Iklim, Pertandingan Mewarna, Petandingan Kapal Terbang Kertas, Pertandingan Jam Matahari serta tiga bengkel asas kemahiran turut diadakan.
Turut hadir, Prof Sr Dr Mohd Razali Bin Mahmud (Dekan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah), Dr Othman Bin Zainon (Pengerusi Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018), Ustaz Nujaimi Bin Muhamad (Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Negeri Johor) serta ahli jawatankuasa Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018. Program ini telah dijayakan oleh 10 orang staf FGHT serta wakil-wakil agensi yang terlibat seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Festival ini turut dibantu oleh 60 orang mahasiswa dan mahasiswi UTM dari Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA), mahasiswa Ko-kurikulum Astronomi, dan mahasiswa jurusan Pengurusan Harta Tanah serta Pembangunan dan Pentadbiran Tanah.

Majlis Perasmian Festival Astronomi dan Falak Negeri Johor 2018 disempurnakan oleh Sohibus Samaha Dato’ Mufti Negeri Johor pada 13 April 2018 di Dewan Konvensyen, Fakulti Alam Bina UTM

Penganjuran Festival ini telah memberi peluang kepada seramai 500 orang murid sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi mengaplikasi ilmu sains dan matematik terhadap bidang astronomi menerusi pembelajaran sains dan matematik di luar bilik darjah. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya ‘explorace’ astronomi, perubahan iklim, cerapan langit malam dan banyak lagi.

Pertandingan Explorace Astronomi

Pertandingan Jam Matahari

Pertandingan Perubahan Iklim

Para Peserta Pertandingan Perubahan Iklim yang berlangsung pada 13 April 2018 di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah

Semoga jalinan kerjasama dalam penganjuran festival ini dapat diteruskan bagi mengembangkan pengetahuan serta kesedaran kepada pelbagai lapisan masyarakat Negeri Johor khususnya berkaitan ilmu astronomi dan falak.

Explore More