April 27, 2024

Search
Close this search box.

Penuntut PhD UTM dapat geran SUPERB RM500 ribu

PUTRAJAYA, 2 Disember 2017 –Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ruzimi Mohamed@Mahmood telah berjaya mendapatkan geran perniagaan sebanyak RM500,000.00 dalam program Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Ruzimi sewaktu melakukan pembentangan produk di hadapan panel juri SUPERB di PICC Putrajaya.

Selain itu, produk yang diperkenalkan oleh beliau iaitu Buku Interaktif Bahasa Isyarat Malaysia juga berjaya meraih kepercayaan sebuah syarikat korporat yang ingin menaja melalui Tanggungjawap Sosial Korporat (CSR) anjuran syarikat yang diterajui Ruzimi.

Program SUPERB peringkat akhir yang menyediakan geran sehingga RM500,000.00  bagi menyokong idea perniagaan yang keratif dan inovatif ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

SUPERB adalah program pembiayaan bagi membantu syarikat-syarikat ‘start-up’ milik bumiputera dengan dana sebanyak RM100 juta anjuran TERAJU.

Program ini dibuka kepada bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat milik bumiputera yang beroperasi kurang daripada tiga tahun.

Pemilihan usahawan telah dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai oleh sekumpulan panel usahawan yang telah berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

Ruzimi yang merupakan pengerusi syarikat IMI Creative Solution Sdn. Bhd. adalah salah seorang peserta Program Usahawan Digital Johor anjuran UTM Media and Game Innovation Centre of Excellence (MaGICX) dan Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC).

 

Explore More