April 27, 2024

Search
Close this search box.

Tahniah kepada Kumpulan Penyelidik ACIS, FKA

Tahniah kepada Kumpulan Penyelidik ACIS (Advanced Composites and Innovative Structures) Fakulti Kejuruteraan Awam UTM kerana memenangi dua Anugerah GOLD AWARD dan BEST OF THE BEST di 6th International Innovation, Invention and Design Competition (IIDES) 2017, Ipoh, Perak.

Produk penyelidikan ini dinamakan Kenaf Fibrous Pulverized Fly Ash Concrete yang merupakan bahan baru konkrit untuk industri pembinaan yang mempunyai sifat kelasakan terhadap faktor persekitaran dan ketahanan gegaran. Ia juga memenuhi ciri-ciri “bahan hijau” (green material) dengan penggunaan gentian Kenaf dan bahan pozzolan dari sisa arang batu (pulverized fly ash) sebagai bahan ramuan asas dari sumber-sumber tempatan. Hasil kajian selama lebih 5 tahun yang bermula sejak 2012 merangkumi semua aspek kejuruteraan bahan melibatkan 4 orang pelajar PhD dibiayai geran penyelidikan dari Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KTP Flagship dan FRGS, dan dari UTM iaitu geran GUP Tier 1. Kerjasama antara Kumpulan Penyelidik dan pihak industri (Everise Crimson Sdn Bhd dan Lembaga Kenaf Negara) melalui MOU telah membantu menjayakan penyelidikan ini dengan sokongan bersama pihak RMC dan pengurusan UTM. Kajian lanjutan telah dirangka untuk memastikan kebolehgunaan bahan ini dalam reka bentuk dan pembinaan struktur yang menanggung beban pelbagai dan dedahan kepada faktor persekitaran yang ekstrim.

 

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tajuk Projek/Produk: “KENAF FIBROUS PULVERIZED FLY ASH CONCRETE”

Tajuk Pertandingan: 6th International Innovation, Invention and Design Competition (IIDES) 2017

Penganjur: Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak

Tarikh: 6 – 8 November 2017

Tempat: Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak

Nama Kumpulan Penyelidik: Advanced Composites and Innovative Structures (ACIS), Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM

Ahli Kumpulan Pertandingan:

Prof Madya Dr Jamaludin Bin Mohamad Yatim (Ketua)

Dr Azmahani Binti Abdul Aziz (Penyelidik Bersama)

Norazura Binti Mizal Azzmi (Pelajar PhD)

Ogunbode Ezekiel Babatunde (Pelajar PhD)

Adole Micheal Adole (Pelajar PhD)

Athirah Binti Othman (Pelajar PhD)

Anugerah Yang Dimenangi:     “GOLD AWARD”   dan    “BEST OF THE BEST”

 

 

 

Sumber : Prof Madya Dr Jamaludin Bin Mohamad Yatim

Explore More