April 26, 2024

Search
Close this search box.

Atlet bola jaring UTM Pow Mei Foong dinobatkan Olahragawati Johor

Johor Bahru – Atlet bola jaring negara  yang juga mahasiswi Fakulti Pengurusan UTM  Pow Mei Foong dinobatkan sebagai Olahragawati Johor pada Anugerah Sukan Johor selepas beraksi cemerlang dalam pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM 7,000.00 berserta sijil dan trofi.

Seramai 11 individu termasuk persatuan dan jurulatih sukan menerima Anugerah Sukan Johor 2016 di Pinewood Studios Iskandar Puteri pada 22 Oktober 2017. Anugerah Olahragawan pula dimenangi oleh pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom. Selain itu, seramai 31 atlet Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 dari Johor turut menerima insentif bernilai RM129,000, beserta trofi. Penyampaian anugerah dan insentif itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin

Explore More