April 27, 2024

Search
Close this search box.

MoU dan MoA di antara UTM, FKA dan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)

Universiti Teknologi Malaysia telah mengukuhkan hubungan dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)  MOU dan MOA yang telah ditandatangani pada 10 September 2017 di Dewan Bankuet UTM.

UTM pula diwakili oleh Prof. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Pembangunan UTM manakala PAJ diwakili oleh Tuan Haji Abd Rahman Bin Salleh selaku Ketua Esekutif, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ), dan disaksikan oleh Prof. Dr. Khairul Anuar Bin Kassim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA). Program ini turut dihadiri oleh semua pentadbir FKA, ahli kumpulan penyelidikan Pavement & Transportation Research Group (PTRG) dan juga pegawai-pegawai dari Perbadanan Pengangkutan Awam Johor serta tetamu yang lain.

Hubungan kerjasama antara UTM, FKA dan juga PAJ diharapkan akan menggiatkan lagi aktiviti pemindahan teknologi serta kepakaran, program akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan yang akan dilaksanakan bagi manfaat ke dua-dua institusi serta akan memartabatkan kelestarian pengangkutan awam di Johor.

 

Explore More