April 26, 2024

Search
Close this search box.

YB Menteri Pendidikan Tinggi Iftar bersama Warga UTM

Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 – Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah sudi hadir ke Majlis Iftar bersama warga UTM bertempat di Masjid, UTM Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Abdul Halim Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ahli Lembaga Pengarah Universiti,  dan barisan Pengurusan Universiti serta warga UTM.

YB Menteri juga telah sudi menyampaikan sumbangan dari Tabung Because We Care Chancellor’s Fund kepada 31 orang Mahasiswa B40. Sumbangan merupakan kupon makan bernilai RM300 untuk satu semester. Turut disampaikan adalah sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM128 ribu untuk pelajar Asnaf UTM.  Sumbangan ini merupakan potongan zakat staf UTM yang dikembalikan semula kepada UTM sebanyak 37.5%.

Explore More