April 26, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Komputeran tuan rumah ICT-ISPC 2017

JOHOR BAHRU, 28 May 2017 – Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Projek Pelajar ICT Kali Ke-6 (ICT-ISPC 2017).

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Profesor Dr Azlan Abd Rahman (tiga dari kiri) merasmikan persidangan.

Persidangan itu bertujuan menyediakan forum antarabangsa kepada pelajar pra-siswazah dan pasca-siswazah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sains komputer, kejuruteraan komputer dan bidang berkaitan teknologi maklumat untuk membentangkan projek akhir serta berkongsi idea berasaskan tema “Memartabatkan Komuniti Menerusi ICT”

Dekan Fakulti Komputeran Profsor Dr Abd Samad Ismail menyampaikan sijil kepada peserta.

Persidangan ICT-ISPC kali ke-6 itu berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Mei lalu dianjurkan secara kerjasama yang melibatkan Fakulti Komputeran, UTM, Fakulti ICT, Universiti Mahidol (MU), Thailand, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Pertanian dan Teknologi Tokyo (TAUT), Jepun, dan Universiti Sains dan Teknologi Norwegian (NTNU), Norway.

Pada persidangan itu, sebanyak 72 daripada 104 kertas kerja diterima untuk penerbitan yang diterima dari Malaysia, Thailand, Indonesia, India, Filipna dan Jepun dibentangkan dan sebahagiannya secara poster.

Peserta persidangan bergambar dangan tetamu kehormat, termasuk dari luar negara.

Persidangan itu berlangsung serentak dengan Pameran Pelajar ICT dan Hari Inovasi (IDEAS) dan Cabaran Antarabangsa Inovasi Technobiz (I-TIC).

IDEAS merupakan pameran projek akhir pelajar di Fakulti Komputeran sebagai syarat untuk bergraduat.

Bagi I-TIC pula, ianya merupakan pameran inovasi perniagaan berasaskan ICT untuk pelajar yang mengambil subjek Keusahawanan IT.

Persidangan ICT-ISPC itu memberi faedah yang besar kepada Fakutli Komputeran, UTM dan rakan kerjasama dalam membina dan membuka peluang hubungan antarabangsa antara universiti serta pendedahan para pelajar kepada peningkatan kualiti projek mereka melalui perkongsian ilmu.

Program seumpama itu amat penting dalam membina peluang untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran berterusan kepada semua yang terlibat.

Explore More