April 26, 2024

Search
Close this search box.

34 peserta sertai pertandingan UTM 3MT

JOHOR BAHRU, 14 April 2017 – Pertandingan UTM 3MT kembali lagi buat kali kelima ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diadakan di Dewan Senat Sultan Ibrahim, Bangunan Canseleri, UTM, Johor Bahru.

Pertandingan itu menyaksikan seramai 34 peserta daripada 17 fakulti berentap unutk merebut kejuaraan sekaligus melayakkan mereka mewakili universiti ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Pertandingan yang dimulakan di peringkat fakulti berlangsung sepanjang Februari dan Mac 2017 disertai oleh pelajar PhD yang telah melepasi pembentangan penilaian peringkat pertama pengajian.

Objektif utama pertandingan adalah untuk memupuk dan mengasah kemahiran akademik dan kemahiran komunikasi penyelidikan di kalangan pelajar.

Dalam pertandingan ini peserta diadili berasaskan keupayaan mereka membentangkan hasil penyelidikan dengan menggunakan hanya satu slaid power-point dalam masa tiga minit sahaja yang mana hasil penyelidikan perlu difahami oleh mereka yang tidak mahir di dalam bidang penyelidikan tersebut.

Empat juri yang berpengalaman telah dipilih untuk menilai serta menentukan pemenang 3MT peringkat UTM iaitu Prof Madya Dr Abidah Mohd Omar, pesyarah dari Akademi Bahasa selaku Ketua Juri, Encik Bachan Singh dari FKE UTM, Dr Jaysuman Pusppanathan, naib johan juga penerima Anugerah Pilihan Orang Ramai dalam Trans-Tasman 3 Minute Thesis Competition di Universiti Queensland pada tahun 2015 serta Puan Maizura Mohamed Saat, pensyarah dari Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.

Sepertimana tahun yang lalu, tiga kategori dipertandingkan iaitu Kejuruteraan, Sains Sosial dan Sains dan Teknologi. Hadiah pertama adalah RM1500, kedua RM1000 dan ketiga meraih RM750.  Pemenang pertama bagi kejuruteraan adalah Cik Natalie Vanessa Boyou dari Fakulti Kejuruteraan Tenaga, tempat kedua diraih oleh Cik Noresah Said  dari fakulti yang sama dan pemenang ketiga adalah En Muhammad A’imullah Abdullah  dari  Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Fakulti Bio-Kejuruteraan dan Bioperubatan telah mengungguli kategori Sains dan Teknologi, apabila menyapu bersih kesemua hadiah yang dimenangi oleh Wan Fatin Amira Wan Mohd Zawawi, tempat pertama, Nor Suriani Sani, tempat kedua dan Abdul Hadi Abdul Wahab di tempat ketiga.

Mohamed Syazwan Ab Talib dari Fakulti Pengurusan pula telah berjaya menjadi johan kategori Sains Sosial diikuti oleh Anis Diyana Halim dan Jacinta Johny. Pemenang kedua dan ketiga adalah dari Fakulti Pendidikan.

Selain itu, Mohd Syazwan telah juga terpilih sebagai pemenang keseluruhan pertandingan bagi kategori ‘BEST of THE BEST ‘

Dengan berakhirnya pertandingan, maka peserta UTM kepringkat nasional telah terpilih dan diharapkan dapat mempertahankan kejuaraan yang menjadi milik UTM sejak pertandingan diadakan di Malaysia. Sama-samalah kita doakan mereka akan berjaya mengharumkan nama UTM

Explore More