April 26, 2024

Search
Close this search box.

100 Pembantu Operasi UTM dapat petrol percuma

Profesor Azlan mengisi minyak salah sebuah motosikal di Caltex Taman Universiti, pagi ini.

JOHOR BAHRU, 2 Mac 2017 – Seramai 100 orang Pembantu Operasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru menerima kupon minyak petrol bernilai RM6 secara percuma untuk motosikal masing-masing.

Kupon itu sumbangan Kelab Pembantu Am Pejabat (KPAP) UTM yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kelab berkenaan membantu mengurangkan beban ahlinya disebabkan peningkatan kos hidup.

Pengerusinya, M Zulkafli Mohd Hanafiah, berkata dana untuk program itu adalah hasil keuntungan yang diperoleh dari penganjuran program Bazar UTM yang dijalankan setiap hari Selasa di Laman Menanti, Tasik Ilmu, UTM.

“Program Bazar UTM ini dimulakan pada 2014 dengan penyertaan hanya 10 penggerai namun telah meningkat kepada 70 hingga 80 penggerai pada tahun ini dengan anggarakan kutipan sebanyak RM3 ribu sebulan.

“Selain itu, kelab turut menjalankan aktiviti penyewaan khemah dan menganjurkan kursus bagi membantu menambah sumber kewangan kelab ini”, katanya lagi.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni itu, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof Dr Azlan Abdul Rahman hadir stesen minyak Caltex di Taman Universiti, Skudai mengisi minyak kepada beberapa buah motosikal.

Profesor Azlan berkata, pengurusan UTM amat berterima kasih atas usaha yang dijalankan oleh KPAP UTM dalam usaha membantu meringan beban ahlinya.

“Inisiatif berkenaan merupakan usaha yang baik dan akan diteruskan pada masa akan datang bergantung kepada dana yang dimiliki oleh kelab berkenaan.

“Selain itu kita juga merancang untuk mengembangkan program ini ke kampus UTM di Kuala Lumpur pada masa akan datang”, katanya.

Explore More