April 26, 2024

Search
Close this search box.

250 sertai Senamrobik Perdana SUKSIS

JOHOR BAHRU 18 Februari 2017 – Kira-kira 250 ahli pasukan beruniform Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai Senamrobik Perdana anjuran Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Padang Kawad UTM, dekat sini pagi ini.

 

Selepas senamronik semua peserta bergambar beramai-ramai.

Mereka terdiri daripada 106 orang ahli SUKSIS, 65 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Darat, 54 PALAPES Laut dan selebihnya anggota Bulan Sabit Merah, Pengakap Kelana, jurulatih dan staf UTM.

Senamrobik itu dikendalikan oleh Jurulatih Senamrobik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontijen Johor, Korporal Mohd Azmil Zabidi dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Iskandar Puteri dan senaman Yoga oleh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat,  Fatimah Zahra Zulkurnain, 18 yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS UTM, ASP Hassani Hussein berkata, senamrobik itu adalah yang pertama diadakan membabitkan anggota pasukan beruniform di UTM dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Idea mengadakan senamrobik ini datang daripada Komandan SUKSIS Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni.

“Beliau mahukan SUKSIS menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara pasukan beruniform di UTM,” katanya.

Hadir sama Ejutan SUKSIS Prof Madya Dr Roshanida A Rahman yang juga Pengetua Kolej Tun Fatimah (KTF).

Explore More