April 27, 2024

Search
Close this search box.

Kelab Foto Staf UTM pamer 200 karya ahli

JOHOR BAHRU, 16 Januari 2016 – Kelab Foto Staf (KFS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) buat julung kalinya mengadakan pameran hampir 200 keping gambar foto pelbagai genre hasil bidikan kreatif 17 ahlinya selama tiga bulan bermula hari ini.

Supandi menyampaikan cenderamata kepada Profesor Datuk Dr Wahid.

Pameran berkenaan adalah himpunan gambar yang dirakam di sekitar kampus dan koleksi peribadi sepanjang bertugas di UTM diadakan di ruang legar Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI).

Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar berkenan merasmikan pameran berkenaan selepas selesai menyampaikan perutusan tahunan 2017 yang diadakan di Dewan Senat, pagi ini.

Presiden KFS Supandi Bunangin berkata, pameran yang dikenali sebagai Lensa DNA UTM itu merupakan wadah menginterpretasi jati diri DNA staf UTM melalui hasil seni fotografi.

Datuk Profesor Dr Wahid menguji bakat mengguna kamera DSLR untuk mengambil gambar ahli KFS.

“Menerusi pameran ini ahli KFS dapat  berkongsi sudut pandang lensa masing-masing untuk sama-sama dihayati oleh seluruh warga kampus,” katanya.

Penyumbang gambar foto untuk pameran ialah Abdul Samad Abdul Razak, Ariff Tarmizi Abd Rahman, Hafiz Hj ismail, Halid Jamaluddin, Ivin Amri Musliman, Mohd Fuad Mohamed Yusof, Mohd Hassan Mohd Osman, Mohd Murtadha Mohamad, Mohd. Salehuddin Arsat, Muhammad Mun’im Ahmad Zabidi, Muhammad Redwan Adman, Nordin Yahaya, Sevia Mahdaliza Idrus Sutan Nameh, Shahrin Md Ayob, Shahrizan Shaharudin, Supandi Bunangin dan Wan Jamal Mohd Ariff.

KFS telah ditubuhkan sebagai medium untuk staf UTM yang berminat dalam bidang fotografi berkongsi idea dan hasil seni mereka.

Aspirasi KFS untuk menjadi sebuah kelab foto yang unggul di UTM dan di persada global yang dianggotai oleh staf UTM dari pelbagai peringkat jawatan.

“Kami berhasrat untuk melahirkan barisan jurufoto yang  kreatif dan mengamalkan etika professional,” katanya.

 

 

 

Explore More