April 26, 2024

Search
Close this search box.

Khidmat sosial UTM@NICE’17 berjalan lancar

JOHOR BAHRU, 19 Januari 2017 – Program khidmat sosial yang diketuai oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai program khidmat sosial Negeri Sembilan Innovation and Integrated Community Engagement (UTM@NICE’17) bertempat di Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan berjalan lancar.

Profesor Dr Durrishah sedang menyampaikan ceramah motivasi.

Pagi ini, Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur Profesor Dr Durrishah Idrus menyampaikan ceramah motivasi kepada lebih 200 pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Klawang.

Selain itu, klinik sukan ragbi untuk pelajar sekolah berumur 12 tahun ke bawah turut diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, kursus literasi maklumat di Sekolah Kebangsaan Pasoh 4, kursus pengurusan jenazah di Masjid Felda Pasoh 4, kursus membaikpulih komputer dan penyampaian 20 buah komputer di Mini RTC Lakai dan Air Hitam.

Manakala pada sebelah petang akan diadakan pertandingan memasak lauk tradisional Negeri sembilan, gubahan batik hantaran dan sukaneka.

Pelajar sekolah menyertai program literasi maklumat di Sekolah Kebangsaan Pasoh 4.
Klinik sukan ragbi untuk pelajar berumur 12 tahun ke bawah.
Kursus baikpulih komputer mendapat sambutan penduduk.

Forum Perdana yang menampilkan Ustazah Norhafizah Musa dari UTM dan Ustaz Dr Mohd Nidzam Abd Kadir dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan diadkan pada sebelah malam di Masjid Felda Pasoh 4.

UTM@NICE’17 disertai oleh lebih 170 Pelajar yang terbabit ialah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UIAM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, KPJ Healthcare Univerity College, INTI International University, Kolej Komuniti dan Giat Mara Jelebu.

Majlis penyerahan anak angkat dilakukan oleh Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, Profesor Dr Durrishah Idrus pagi semalam kepada 65 keluarga angkat.

Majlis penutup akan diadakan pada 22 Januari dan akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Explore More