April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Pirates naib johan ragbi Piala Naib Canselor 2016

UTM Pitares dan Serdang Angles
UTM Pitares (kiri) dan Serdang Angles bersama Profesor Datuk Ir dr Wahid dan Abdul Malik.

JOHOR BAHRU, 4 Disember 2016 – Pasukan ragbi bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), UTM Pirates muncul naib juara dalam kejohanan UTM Rugby 10’s Vice Chancellor Cup 2016 setelah tewas 5-0 kepada Serdang Angels dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengarah UTM Sport Excellence merangkap Pengarah Kejohanan, Abdul Malik Abdul Ghani berkata selain dari kategori utama iaitu Tertiary Rugby, terdapat tiga lagi kategori iaitu Open Club, Women Touch dan Boys Under 16 (Lelaki Bawah 16 tahun) yang dipertandingkan.

Kategori Lelaki Bawah 16 tahun telah dimenangi oleh Legend Rugby Club manakala kategori Open Club dimenangi oleh pasukan Southern Bay. Untuk kategori Woman Touch (ragbi wanita) telah dimenangi oleh Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menumpaskan pasukan dari UPM.

Sementara itu, kapten pasukan UTM Pirates, Mohd Izad Irfan, 21, mereka akur dengan kekalahan tersebut kerana pasukan lawan memang mempunyai kelebihan berbanding UTM.

“UPM memang patut menang memandangkan pasukan mereka disertai oleh beberapa orang pemain yang mewakili negara dan lebih berpengalaman dalam perlawanan seperti ini,” katanya.

Kesemua pemenang telah menerima hadiah dari Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar. Turut hadir adalah Pengarah UTM Sport Excellence, Abdul Malik Abdul Ghani.

Explore More