April 26, 2024

Search
Close this search box.

Karnival Perpustakaan PRZS dapat sambutan

Pengunjung
Pengunjung melihat pameran yang diadakan di sekitar PRZS.
Perasmian
Ceramah mengenai ubat dan perumahan turut diadakan.

JOHOR BAHRU, 30 Disember 2016 – Karnival Perpustakaan anjuran Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapat sambutan menggalakkan, semalam.

Karnival sehari itu diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dihadiri oleh lebih 1,000 pengunjung yang terdiri daripada warga kampus dan penduduk berhampiran.

Antara aktiviti yang diadakan ialah khidmat runding rujuk oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti Perpustakaan UTM, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Duta Jauhar, Ecotourism dan Institut Bioproduk UTM.

Di samping itu,  terdapat program perkongsian maklumat yang disampaikan oleh Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang memberi pendedahan mengenai peranan dan fungsinya kepada pengunjung yang hadir. Selain daripada itu,  pengunjung dapat mengenali jenis ubat yang dilulus dan  yang diharamkan melalui pameran ‘Kenali Ubat’ yang dikelolakan oleh Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan Johor.

Pengunjung juga berpeluang membeli buku yang mereka minati di jualan buku oleh projek buku selain Food Truck yang menyediakan jualan makanan dan minuman.

Pelancaran Karnival Perpustakaan UTM 2016 di PRZS akan disempurnakan oleh Ketua Pustakawan UTM, Dr. Hjh Kamariah Nor Mohd. Desa.

 

 

 

 

Explore More